Tuan Zuhri Ingin Tahu Kos Mendapatkan Slot Promosi di TV
Tuan Zuhri Zuhaidi bertanya: "Berapa peruntukan yang disediakan pihak PTS terutamanya jabatan pemasaran bagi mendapatkan slot (TV) itu. Sepanjang yang saya tahu bayaran bagi slot menjangkau beribu ringgit."
Beginilah keadaan sebenarnya: Ada promosi dalam slot rancangan televisyen (TV) ataupun radio yang perlu dibayar, manakala ada yang percuma.
PTS banyak menggunakan peluang promosi percuma dalam slot TV, radio, akhbar dan majalah. Pegawai marketing yang khusus menjaga promosi PTS yang menjaga sektor media adalah Encik Roslan Isa.
Tidak semua jenis buku diminati oleh penerbit TV. Hanya buku-buku yang sesuai dengan objektif rancangan yang mereka terbitkan sahaja yang berpeluang diperkenalkan dalam slot rancangan mereka.
Kepada pengunjung UNIKAPTS yang ingin mendapatkan tip-tip bagaimana mendapatkan peluang promosi buku secara percuma dalam TV, tulislah surat kepada Encik Roslan Isa.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kos sangat mahal. Mungkin mencecah ribuan ringgit dan tak termampu kita nak bayar dengan hanya titik air mata dan peluh…
tetapi itu benar jika iklan.
Kalau sekadar slot dirancangan, rasanya tak ada kos. Cuma perlu kos melobi.
Hari ini adalah kali pertama saya ke udara secara ‘live’ di Malaysia Hari Ini (MHI)di TV3.
Tuan Roslan juga berjaya membantu sehingga Puan Nuraffenda menjemput saya sekali lagi pada 10 November 2008 bagi tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.
Terima kasih kepada seluruh wargakerja PTS dan TV3.
Kerana kerapnya penulis PTS muncul di TV dan media, ramai yang menganggap bahawa PTS adalah penerbit gergasi!
Post a comment