Tugas Eksekutif Jualan dan Khidmat Pelanggan Termasuk Melatih Staf Hipermarket
PTS Edar Sdn Bhd adalah anak syarikat yang mengedarkan buku-buku PTS melalui rangkaian hipermarket seperti Carrefour, Tesco dan Mydin.
Para petugas hipermarket mempunyai kepakaran dalam bidang seni mempamerkan produk supaya pembeli tertawan dan mahu membeli. Namun, seni mempamerkan buku-buku adalah aspek baru bagi mereka kerana sebelumnya hipermarket tidak menjual buku.
Salah satu tugas penting yang menjadi tanggungjawab eksekutif jualan dan khidmat pelanggan di PTS Edar adalah melatih staf hipermarket yang bertugas menjaga rak-rak buku.
Menurut Tn. Wahyudi Mohd. Yatim (foto), antara aspek latihan itu adalah:
1. Menerangkan bahawa buku perlu disusun berdasarkan grup kategori, sebagai contoh buku-buku untuk perempuan disusun sesamanya.
2. Buku-buku agama perlu disusun di rak bahagian atas, sebagai menghormati buku-buku itu, bukan di rak bawah yang sama aras dengan kaki orang.
3. Teknik-teknik menyusun buku yang menarik mata bakal pembeli.
4. Perkara-perkara asas menjaga buku supaya tidak rosak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment