Thursday, August 20, 2009

Tugas Pegawai Publisiti di Syarikat Penerbitan Buku

Promosi buku memang mahal. Penerbit yang agresif mengadakan pelbagai aktiviti bagi memperkenalkan nama penulis dan buku-bukunya dengan harapan aktiviti itu dapat menarik minat wartawan menghadirinya dan kemudian menyiarkan laporannya dalam media.

Pegawai publisiti bertugas sepenuh masa menjalankan tiga perkara:

(i) Mempromosi nama penerbit supaya menjadi brand yang dipercayai oleh penulis dan pembeli sebagai penerbit yang kredibel dan bertanggungjawab,

(ii) Mempromosi buku-buku yang diterbitkan supaya kehadiran buku-buku diketahui oleh banyak pembeli dan,

(iii) Mempromosi nama dan wajah tampan para penulis supaya mereka banyak menerima undangan muncul di televisyen, radio, dan seminar-seminar awam.

Antara tugas-tugas rutin yang dilakukan oleh pegawai promosi adalah:

(i) Menjalin hubungan baik dengan seramai-ramai orang media.

(ii) Mencipta pelbagai aktiviti yang mempunyai nilai berita dalam media.

(iii) Melobi stesen tv dan radio supaya menjemput penulis-penulisnya muncul sebagai tetamu rancangan stesen-stesen.

(iv) Melobi pengulas-pengulas buku supaya tertarik mengulas buku-buku terbitan syarikatnya.

(v) Melobi editor-editor majalah supaya memberi publisiti dalam bentuk artikel tentang penulis buku sebagai personaliti.

Alat lobi yang paling penting adalah buku-buku yang dihadiahkan kepada semua pihak yang dapat memberi liputan bagi buku dan diri si penulis sebagai personaliti. Itulah sebabnya mutu buku penulis amat kritikal peranannya. Kalau wartawan itu suka membaca buku itu, barulah dia berminat mengulasnya. Kalau penerbit siaran TV dan radio itu berminat membaca buku itu, barulah dia berminat mengundang si penulis sebagai tetamu dalam rancangan terbitannya.

Jadi, tulislah dengan teliti dan hati-hati. Melaburlah pada kualiti karya, dengan berbuat begitu kita sudah melabur pada promosi buku kita sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Majlis Berbuka Puasa dengan Penulis PTS Anjuran MPH Previous entry: PTS akan Mengeluarkan Barangan Merchandise Sendiri
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/02  at  02:27 PM

salam saya berminat untuk menjadi promoter dalam bidang penerbitan…tq

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: