Tulis Buku Inggeris Boleh Kaya?
Salah satu mindset penulis tempatan yang fasih berbahasa Inggeris adalah pasaran buku Inggeris itu satu dunia luasnya, justeru mereka menyangka dengan menulis buku dalam bahasa Inggeris bukunya itu dapat dipasarkan ke seluruh dunia.Pola fikir begini tidak mengambil kira banyak fakta.
Pertama-tama, katakanlah saudara hendak menulis buku Inggeris, dan hendak menghantarkan buku itu supaya diterbitkan di USA ataupun UK. Cuba lihat, sudah ada berapa ratus judul buku Inggeris bagi bidang yang sama yang diterbitkan di USA dan di UK. Apa peluang buku saudara dapat diterbitkan oleh penerbit-penerbit itu?
Kata pepatah Melayu, mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Pasaran buku-buku Melayu dalam negeri adalah cukup bagi tujuan hidup selesa sebagai penulis sepenuh masa, tetapi masih ada orang yang tidak mahu menulis buku Melayu sebab kononnya pasaran buku Inggeris sebesar dunia.
Strategi mengejar pasaran satu dunia dengan menulis buku dalam bahasa Inggeris adalah ibarat mengejar kelip-kelip yang disangka api.
Buku-buku Inggeris yang diterbitkan di Kuala Lumpur pula tidak akan diimpot oleh negara-negara lain disebabkan banyak faktor. Yang paling utama adalah sekatan undang-undang dan prosedur impot-ekspot buku di negara-negara itu.
..
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Memang susah untuk bersaing di pasaran dunia kerana penerbit-penerbit dari buku berbahasa Inggeris memang kurang berminat menerbitkan karya-karya dari penulis-penulis bukan Eropah
Sudah tentu mereka memberi prioriti kepada penulis-penulis dari kalangan rumpun bangsa mereka.
Malah penulis-penulis Inggeris sendiri pun bukan senang mencari penerbit yang sanggup menerbitkan novel mereka. Sebagai contoh Frederick Forsythe menghantar manuskrip “The Day of The Jackal” kepada 14 penerbit, barulah penerbit yang ke 14 yang dia hantar manuskrip itu bersetuju menerbitkannya.
Richard Bach pula menghantar manuskrip “Jonathan Livingston Seagull” kepada berbelas penerbit barulah mendapat penerbit yang sanggup untuk menerbitkannya.
——-
Penduduk Malaysia sekarang kira-kira 27 juta orang. 32% berusia bawah 15 tahun, 63% berusia 15-64 tahun. 65% orang Melayu.
Katakan 5% daripada 27 juta, atau 5% daripada 17 juta (orang Melayu) suka membaca buku Bahasa Melayu.
Mungkin bunyi guruhnya tidak berapa kuat. Tetapi kalau hujan renyai-renyai yang agak lama boleh penuh juga tempayan yang kosong.
Apa yang penting kena tengok target market
Assalamualaikum,
Saya rasa “Pasaran Melayu” pun luas. Cuba tulis buku yang boleh dipasarkan di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kita semua kan satu rumpun, satu bahasa, satu budaya dan boleh dikatakan satu agama.
Saya setuju dengan Fable Fox - kena tengok target market.
Ada dua asas strategi pelanggan yang mesti dikaji dahulu sebelum kita menghabiskan modal berniaga, atau dalam topik kita, menulis dan menjual buku.
Pertama ialah segmen dalam pasaran. PTS sendiri ada segmen-segmen pilihan daripada kesemua orang Melayu yang boleh membaca, iaitu Melayu yang biasa-biasa sahaja. (Mohon betulkan kalau salah ya, Puan Sifu).
Hal ini yang penulis ustaz tidak faham bila diminta menanggalkan perkataan berbau Arab yang tiada maknanya pada kumpulan pembaca PTS.
Kedua ialah sifat-sifat pelanggan dalam segmen tadi. Contohnya jenis buku apa yang dibaca, di mana mereka membeli, berapa budget untuk buku, design yang disukai. Ciri-ciri profail ini sedikit demi sedikit diceritakan dalam laman UNIKA.
Penulis tempatan yang mahu menulis untuk pasaran antarabangsa juga perlu tahu kedua-dua perkara ini.
Melainkan kita berpindah ke negara asing. Saya ada perancangan untuk tujuan ini dan telah mendapat jemputan untuk mendidik di luar negara.
Masih belum membuat keputusan. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, saya akan berangkat ke luar negara tidak lama lagi dan menerbitkan buku-buku dalam edisi Bahasa Inggeris.
Sekiranya tidak. Saya akan kekal. Apa pun, saya yakin tidak akan berada lama di Malaysia atas sebab urusan keluarga.
Assalamualaikum,
Saya optimis dengan peluang kejayaan hidup dan mungkin juga kekayaan jika penulis benar-benar produktif dalam menghasilkan karya berbahasa Melayu yang menjadi bahasa pertuturan lebih suku bilion manusia di rantau Asean ini.
Matlamat utama penulis khususnya penulis PTS mestilah menghasilkan karya yang boleh merentasi selat Melaka supaya buku itu boleh berligar dengan gah dan diminati di pasaran buku yang cukup `montok` itu.
Lebih baik lagi, jika kerajaan kita dapat menyelesaikan masalah laluan trafik buku yang kini sebenarnya boleh ditakrifkan sebagai sehala. Buku terbitan dan cetakan Malaysia masih belum dibenarkan masuk ke negara yang kita katakan serumpun itu.
Sebenarnya, saya pernah terdengar tiga tahun lalu menteri Kekwa telah menyuarakan permasalahan itu kepada pihak berkuasa Jakarta namun hasilnya tidak kedengaran hingga sekarang.
Pun demikian, usaha berterusan PTS dan kejayaan demi kejayaan kemasukan buku kita yang diterbitkan semula untuk pasaran di sana merupakan kejayaan awal yang membanggakan. Langkah ini sepatutnya dicontohi penerbit lain terutama DBP.
Pergerakan buku ke Jakarta yang nampak sempit sebegini boleh ditakrifkan sebagai pergerakan di `laluan tikus`. Sebaliknya buku-buku terbitan Jakarta bergerak dengan teramat selesa tanpa sebarang `trafic jam` umpama mereka sedang memandu dalam lebuh raya enam lorong. Realiti berat sebelah inilah yang perlu diperbetulkan.
Syabas, pengamatan saya mendapati hanya penerbit PTS yang gigih mempromosi buku penulis mereka ke Jakarta. Jika penulis dapat menghasilkan karya bermutu, pasti buku mereka mudah di pasarkan di sana. Penerimaaan pembaca di jakarta akan membuatkan poket penulis akan lebih `kembung` lagi.
Insyaallah.
Assalamualaikum Puan Sifu,
Menyahut hasrat para pemimpin (wanita) di sini yang mahukan peningkatan dan dorongan serta penghayatan ilmu tersebar secara meluas agar kesedaran bahawa kemunduran sikap dicernakan oleh antaranya tidak upaya menilai estetika dan keindahan stuktur bahasa milik sastera yang teradun sumber asalnya dari bahasa arab yang mengilham dan memperkaya majukan bahasa melayu di Nusantara,buku-buku motivasi PTS perlu diadaptasikan penterjemahannya ke dalam bahasa arab seperti yang telah dilakukan oleh novel “The Da Vinci Code”.
Kata Puan,“suka hati di dada,ringan beban di bahu,sukakan gaharu kerana baunya,sukakan guru kerana ilmunya.”
Penguasa di sini wanita pertamanya miliki kesensetivitian yang amat tinggi terhadap penghayatan ilmu yang diinfomaklumatkan oleh Ulamak agar masyarakat menerusi generasinya berupaya membebaskan diri dari pertindihan konflik yang tidak mejurus kepada persepakatan permuafakatan yang natijahnya tidak membantu membangunkan sosio-ekonomi marhean sedangkan mereka memiliki kuasa beli yang amat tinggi.
PTS bersama rakan bersekutunya perlu memberi keutamaan kepada pembeli di sini yang amat berminat menerobos dunia baru globlalisasi dengan acuan kerangka kaedah Islam yang meningkatkan martabat insan menerusi akhlak dan nilai-nilai moral yang tidak diperdagangkan tetapi menawarkan kebersamaan yang memberi fungsi sebenar makna berdaya saing yang telus jujur tanpa kepentingan atas keperluan dilahirkan keberdayaan warga muslim khususnya yang sering terpinggir dari kemajuan zaman oleh penafian sistem politik yang tidak mampu ditransformasikan pembaharuannya oleh negara-negara utama dunia.
PTS juga mampu merubah cara dan kaedah media massa membina integrasi dan integriti yang mampu dan upaya dihadamkan oleh marhaen oleh keperluan berkritis itu bererti menajamkan peka minda buat menghidu kecuaian yang mengagihkan keseimbangan.
Media melakar bentuk berbagai pemikiran.Apa sahaja maklumat yang tersimpan ia umpama arus gelombang yang berupaya menjadi ribut yang melanda minda dan jiwa.
Sekadar berkongsi pandangan tanpa sebarang hasrat kerana memerlukan tunjuk ajar.
Terima Kasih.
Saudari Teja,
( mohon laluan Pn Sifu )
Dua tiga kali saya membaca komen saudari namun susah benar saya hendak memahaminya.
Saya berharap idea yang baik dari saudari dapat dilontarkan dalam susunan ayat yang lebih ringkas dan mudah difahami pada masa depan.
wassalam.
Terima kasih atas teguran tetapi saya menghadapi masalah untuk meringkaskan ayat.
Tun Teja bukan sembarang orang. Digilap, digilap, digilap boleh jadi bukan alang-alang. Siapakah dia?
Post a comment