Saturday, November 15, 2008

Tulis Buku untuk Orang Sibuk

Penulis-penulis baru lazimnya tidak yakin apabila diberitahu supaya menulis untuk pembeli sasaran yang terdiri daripada individu-individu yang sibuk, yang tidak ada masa mahu membaca buku.

Pada pendapat penulis muda, orang sibuk tidak mempunyai masa hendak membaca buku, jadi sangat tidak logik baginya menulis bagi bacaan orang-orang yang sibuk. Jika mereka tidak ada masa bagi membaca buku tentulah mereka tidak ada keperluan hendak membeli buku.

Tulislah buku yang DIBELI oleh orang yang sibuk, walaupun mereka tidak mempunyai masa mahu membaca buku yang mereka beli.

Orang-orang yang sibuk adalah orang-orang ang mempunyai wang lebihan bagi membeli apa yang mereka fikir mereka perlu beli. Mereka itu golongan yang mempunyai pendapatan tinggi. Mereka mampu membeli buku yang mereka fikir perlu mereka baca, walaupun akhirnya mereka mungkin tidak sempat membaca.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Dipilih Bahagian Teknologi Pendidikan untuk Projek Pembelian 2008 Previous entry: Iklan! DEAR YAYAH di POPULAR Jusco Kinta City Ipoh SABTU 29 Dis. Jam 2.00 Petang
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  11/15  at  05:33 PM

Dengan kata lain tulis buku kepada ‘non-customer’.  Inilah antara perkara yang diajarkan dalam mazhab ‘Blue Ocean Strategy’ Puan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/15  at  05:40 PM

Puan Ainon dan Dr. Tengku Asmadi, sekurang-kurang mereka sibuk membeli sekalipun tidak sibuk membaca. Maka, ganjaran dunia. Kalau sibuk kedua-duanya, makin cerahlah untuk ganjaran dunia dan pasca dunia.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/15  at  05:45 PM

Salam.
Tercapaikah perjuangan memandaikan bangsa jika buku hanya dibeli dan disimpan sahaja?

Firdaus  on  11/16  at  02:47 AM

Saya teringat semasa menjual buku di Masjid Setiawangsa dahulu, kebanyakan mereka yang membeli adalah para professional yang terlalu sibuk untuk ke kedai buku.

Selalunya mereka akan mencuri masa untuk membaca apabila menaiki kapal terbang (termasuk masa menunggu) dan apabila menaiki kenderaan yang dipandu supir mereka.

Walaupun mereka sibuk, mereka tidak mahu isi yang ditulis ringkas secara point-point sahaja. Mereka mahu buku yang membincangkan secara mendalam. Kerana itulah buku Dr. Danial laku keras!

Seperkara lagi, mereka ini adalah orang yang berpengaruh. Ilmu dalam buku itu mungkin sahaja akan disebarluaskan dan diimplementasi.

Syahrul Nizam  on  11/16  at  11:50 PM

Tunggu kelahiran Buku untuk Orang Sibuk : Strategi dan Teknik Mempengaruh.

2009.

Insyaallah.

Syahrul Nizam
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
(juga untuk orang sibuk)

xara  on  11/17  at  09:54 AM

Kadang-kala orang sibuk itu, selepas melihat buku yang dibelinya bertimbun-timbun tidak dibaca, dia akan menghadiahkan buku tersebut kepada orang lain. smile

KakChik  on  11/18  at  11:55 PM

Pn. Ainon & rakan-rakan.

Pelanggan saya terutama para ibu bapa yang membawa anak-anak membeli buku pun selalu cakap mereka tidak sempat untuk membaca. Apabila saya kata, yang saya juga seperti mereka, sibuk :- bekerja + belajar + berniaga + rumahtangga + NGO terapi insya-Allah akan ada masa untuk membaca.

Selalunya petua yang saya amalkan, saya kongsikan dengan mereka.

1. Pastikan sebuah buku sentiasa ada dalam beg tangan supaya apabila ada ketika yang menyebabkan kita perlu menunggu, keluarkan dan baca.

2. Letak buku dalam ‘poket-poket’ yang ada di dalam kereta. Misalnya di tepi pemandu, di belakang kerusi hadapan atau di tempat CD agar senang dicapai. Sambil menunggu lampu hijau atau menunggu seseorang di dalam kereta, membacalah sebentar.

Itulah antara yang paling mudah digalakkan. Insya-Allah menjadi. Lagipun orang sibuk (dari pemerhatian saya) lebih suka membaca bab pendek tetapi bernas.

Saya sekadar berkongsi. Allahu’alam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/19  at  03:37 AM

Setuju dengan Kak Chik.  Bagi surirumah yang memang tidak pernah habis kerjanya, saya ingin kongsi tip-tip berikut;

1.  Membaca sambil menyusukan anak. Insya Allah, di samping kita dapat menambah ilmu, anak-anak juga cintakan buku sejak bayi lagi.  Semua 5 orang anak saya alhamdulillah sukakan buku.  Kepala mereka akan terdongak-dongak mahu lihat apa yang ibu mereka baca.  Yang lucunya, apabila saya membelek akhbar contohnya, kepala mereka akan berpusing mengikut helaian yang dipindahkan itu.

2.  Membaca sambil berurut dan bertungku ketika dalam pantang.  Jadi bukan sahaja badan sihat, minda pun cergas dan emosi lebih stabil.  Yang penting pilih buku-buku yang berkualiti isinya.


4 hari lepas, seorang pegawai perubatan membeli buku berikut, ‘Islamic Awakening Between Rejection And Extremism’ karya Prof Dr Yusuf Qaradhawi dari kedai buku ruang tamu di rumah saya.  Dia beritahu, “Tidak sempat pun mahu baca buku ini.  Saya bercadang mahu buat rujukan apabila perlu.”  Saya beritahu dia sudah ada terjemahannya. Dia mahukan edisi Bahasa Melayu itu walaupun dia belajar di Dublin dahulu.  Sayangnya saya tiada stok Bahasa Melayu.  Jadi dia ambil juga edisi Bahasa Inggeris.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/20  at  03:35 AM

Saya rasa saya antara orang yang gila beli buku. Kebanyakkan buku saya masih belum baca. Haha… Mungkin benar saya dari golongan mereka yang sibuk, yang tidak punya masa untuk baca buku. Walau bagaimana pun pendapat duit berlebih tu.. hmm.. personally… entah.

Berdasarkan pengalaman, pilihan saya biasanya banyak dipengaruhi…

1. Siapa penulis. Buku Andrea Kirata bakal terbeli tanpa fikir.
2. Siapa penerbit. Buku2 Thinker’s Library biasanya dalam jelingan.
3. Sambungan siri. Baik novel mahupun teknikal etc. Kenangan buku lepas banyak mempengaruhi.
4. Reka kulit muka dan tajuk harus menangkap (catchy). Semua 3 Hikayat Amir Hamzah saya beli atas alasan ini.
5. Berdasar subjek. Buku teknikal, kemahiran khusus, kitab agama.
6. Review yang baik dari blog terpilih juga banyak mempengaruhi.
7. Quote dari tokoh terpilih di kulit muka. Contoh, quote dari saudara Pyanhabib untuk novel ‘warkah cinta..’
8. Buku terbitan terhad. Sesetengah buku tulisan pimpinan barisan rakyat yang punya isi kajian mendalam cuma ada dipasaran seketika.

Tapi kalau saya pernah rasa macam tertipu beli buku, saya kadang2 blacklist sampai ke penerbit. Contoh… novel2 cinta yang bagai tidak takut agama terbitan satu penerbit ternama, buku agama yang tajuk macam hebat teramat tapi isi bagai salin semula teks sekolah menengah, dll.

wassalam.

Hasnah binti Muhamad Daud  on  11/20  at  07:13 PM

Salam,
Daripada pengalaman saya menjual, saya dapati ramai pembeli yang pada mulanya berkata tiada masa untuk membaca tetapi tetap membelek buku yang dipamerkan (mungkin kerana kulit bukunya cantik), akhirnya membeli kerana gaya bahasa yang senang ‘masuk’ (sedap dibaca).

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.