Tulislah Novel “Biasa-Biasa”








Tulislah novel yang "biasa-biasa".Novel "biasa-biasa" mudah ditulis. Orang yang bakat kreatifnya setakat "biasa-biasa" pun dapat menghasilkannya.
Pasaran novel "biasa-biasa" amat besar - semua perpustakaan awam, sekolah, terutama kedai-kedai buku.
Jadi novel-novel itu mudah dijual. Malah ia dapat diulangcetak setiap tahun, selama bertahun-tahun, disebabkan penggemarnya yang banyak.
Majoriti pembeli novel adalah orang "biasa-biasa". Justeru mereka itu mahukan novel yang "biasa-biasa" sahaja, yang watak-wataknya adalah orang-orang biasa macam mereka, yang mesejnya elok dan mudah difahami, yang ditulis menggunakan bahasa yang bagus, yang syariah-compliant.
Jangan tulis novel "luar biasa" untuk bacaan golongan "luar biasa". Pasaran novel "luar biasa" adalah kecil, hendak dijual 1000 naskhah pun susah.
Nanti Pengurus Kewangan tidak ada duit hendak membayar sewa, gaji, pencetak, bank, EPF, Socso, insuran kesihatan, yuran setiausaha syarikat, yuran auditor luar, peguam, yuran penceramah kursus, bayar elaun perjalanan, utiliti, ganti air-con rosak, beli komputer baru, beli bangunan sendiri, bayar ansuran lori, sewa gerai pesta buku, menghantar delegasi ke luar negara bagi membuka pasaran baru....
Tulislah novel "biasa-biasa".
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulilah dan syukur!
Walaupun Puan menyuruh menulis novel “biasa-biasa” tetapi syarat asas masih tidak ditinggalkan iaitu ianya mesti syariah-compliant.
Semoga Allah menambah berkali ganda jualan PTS pada tahun 2007 dan tahun seterusnya di atas usaha Puan yang hanya mahu menerbit buku yang syariah-compliant sahaja.
——-
Maaf jika pandangan saya ini kurang tepat.
Saya mencadangkan buku-buku motivasi PTS pun ditulis secara “biasa-biasa” sahaja kerana kebelakangan ini ada yang agak ‘berat’ sedikit untuk diterima oleh orang seperti saya.
Entahlah! Mungkin ‘biasa’ bagi orang lain, tetapi ‘berat’ untuk saya…
Saifuddin Awang.
Pustaka Munirah, Kemaman.
.
Tuan Saifuddin,
Terima kasih atas feedback ini.
Nota Sifu: En. Saifuddin Awang adalah seorang jurutera, pernah bertugas dengan sebuah syarikat Jepun, dan kini mengusahakan kedai buku beliau sendiri.
Assalamualaikum
Cadangan yang baik tetapi saya kira orang biasa pun sudah penat membaca yang biasa-biasa sahaja. Mahu sesuatu yang lebih.
1) Novel biasa-biasa hanya dibaca oleh orang yang kurang membaca novel. Jadi mereka tidak terdedah dengan gaya bahasa yang sentiasa berubah dan semakin mencabar minda.
2) Novel biasa-biasa juga dibaca oleh orang banyak membaca novel tetapi, tidak suka menyusahkan kepala dengan gaya bahasa yang menyesakkan minda.
Saya termasuk dalam ketegori yang…?
.
Puan termasuk dalam kategori orang biasa-biasa yang luar biasa!
3) Novel biasa-biasa mudah dihadam oleh pembaca kanak-kanak. Jadi dari semua peringkat usia boleh membacanya.
Hmm…
.
Puan, ada istilahnya bagi novel jenis itu - “novel keluarga”. Nenek, datuk, ibu, bapa dan anak-anak, semua suka membacanya, malah berebut-rebut siapa hendak baca dahulu.
Tanya Puan Norma Sir, setiap kali beliau membawa balik novel PTS, beliau tidak dapat membacanya sebab cucunya bawa lari masuk bilik dahulu!
Post a comment