Latihan
Tunnels belum meletup. Mengapakah PTS sudah berani melaburkan wang yang banyak bagi melesen dan menerbitkan buku ini?
Kepada mentee-mentee Sifu: Ini soalan latihan!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya kira ini dalam kategori calculated risk.
Indikator keputusan dan kesan pemilihan Tunnels berdasarkan keadaan berikut:
1. Gosip media mengatakan ia bakal meletup di sana apabila dijadikan filem. Seperti disebut, menyambung demam Harry Potter.
2. Konsep dan jalan cerita yang tidak jauh berbeza dengan fanomena pembaca tempatan memudahkan penerimaan Tunnels apabila masuk ke Malaysia.
3. PTS akan mengambil peluang membuat publisiti bersama buku Tunnels dan filemnya melalui media dan kerjasama dengan penerbit filem apabila ia ditayangkan di Malaysia. Gabungan industri buku tempatan, pemilik wayang dan penerbit filem.
4. Akan ada pelancaran serentak novel Tunnels di beberapa buah negara yang sudah membeli hak pelesenan. PTS ingin terlibat sama dalam mencetuskan fanomena itu.
5. Barry Cunningham membawa masuk JK Rowling ke penerbit Bloomsbury pada tahun 1996 mempunyai deria wang dan deria bisnes yang boleh dipercayai melalui rekod Barry menjadikan PTS lebih yakin mendapatkan lesen menerbit novel ini.
6. Jika Tunnels berjaya, secara perlahan-lahan PTS bertindak menjadi penerbit utama yang akan diberi keutamaan mendapat lesen penerbitan bagi novel-novel yang mempunyai peratusan tinggi menjadi karya bestseller antarabangsa. Ini menjadi agenda penjenamaan PTS dengan penerbit-penerbit luar negara dengan menjadikan PTS seperti wakil penerbit Malaysia.
7. Sehingga kini sudah ada 25 penerbit yang mendapat hak pelesenan Tunnels di seluruh dunia.
8. Mizan, gergasi penerbit di Indonesia juga sudah mendapatkan lesen penerbitan Tunnels di sana dan Tre Publishing House pula penerbit Vietnam yang berjaya mendapat hak penerbitan di sana.
9. PTS dan penerbit-penerbit lain akan secara langsung mencipta chain reaction bagi buku ini.
10. Jika Litera berjaya konsisten dengan karya-karya bestseller luar negara, mempunyai track record yang konsisten terbaik, boleh jadi ia akan terpisah daripada pengurusan PTS (bukan sebagai anak syarikat, sebagai entiti perniagaan lain) yakni menjadi penerbitan tersendiri yang menguruskan pentadbiran, kewangan dan pengrekrutan serta operasi sendiri.
Wah, mantap betul jawapan Saudara Zamri. Saya mahu tambah sedikit sahaja pendapat. Beli lesen Tunnels sekarang sebelum harganya menjadi lebih mahal!
secanggih mana gaya penceritaan dan setinggi mana daya pendongenan bahasa melayu mampu membawanya tanpa mengurangkan kesan dan penghayatan. PTS mahu buktikan bahasa melayu mampu walau setinggi mana khalayan pencerita. Dan kepada ITNMB, awas kalian kemaraan PTS kian sukar dikawal lagi.
Post a comment