Sunday, May 25, 2008

Tunnels di MPH Alpha Angle Wangsa Maju

Inilah yang dikatakan pameran window-display.

Seingat-ingat kitalah... buku-buku Melayu apakah, baik karya asli mahupun terjemahan, yang pernah dipilih oleh MPH bagi diberikan layanan paling istimewa, yakni dijadikan sebagai pameran window-display yang sebegini prominen? 

Apabila melihat foto ini, menitik air mata Sifu.

Saya terkenang peristiwa beberapa tahun lalu, bagaimana cadangan En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan PTS, kepada pihak pengurusan MPH supaya mereka sudi mempamerkan buku-buku Melayu terbitan PTS, dijawab dengan jawapan ringkas, "We don't carry Malay titles." (Kami tidak menjual buku Melayu.) 

Kita faham mengapa begitu bunyi jawapan MPH waktu itu, kerana moto rangkaian kedai buku paling elit itu adalah "MPH -- The Best English Bookstore". 

Begitulah juga respon yang kita terima daripada pengurusan POPULAR waktu itu.

Kita juga faham mengapa begitu sikap POPULAR kepada cadangan En. Zaharin -- kerana ia adalah rangkaian buku Cina yang terbesar di negara ini.

Demikianlah piatunya buku-buku Melayu di tanah airnya sendiri, sehinggalah beberapa tahun yang lalu apabila pengurusan rangkaian kedai-kedai buku elit di negara ini mula menerima kenyataan bahawa buku-buku Melayu dapat dijual dengan banyaknya.

PTS telah berjuang 'dengan darah, nanah dan air mata' bagi mendapatkan buku berbahasa Melayu dipamerkan oleh MPH sebagai window-display yang begini bermaruah.  

Kita akan berjuang terus supaya lebih banyak buku-buku Melayu layak mendapat layanan istimewa itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Buku: Promosi Bermusim Previous entry: Cerita Mat-Mat & Minah Rempit dan Jualan Buku Melayu di Alor Setar
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  03:22 PM

Satu masa dulu saya pernah lihat banyak buku2 keluaran PTS di rangakaian Kedai Buku Rhythm yg tokeynya orang Melayu. Tapi ntah kenapa kini buku-buku PTS terbaru tidak lagi berada di kedai2 tersebut. Terpaksalah saya beli buku melayu (PTS) di kedai cina (POPULAR).

Abang Long  on  05/23  at  06:19 PM

Assalamu’alaikum dan salam hormat buat Puan Sifu dan kakitangan PTS.

SYUKUR ALHAMDULILLAH atas kurniaanNya. Yang pasti - PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI !

MKI  on  05/23  at  11:24 PM

Puan SifuPTS,

3 minggu lepas saya berkunjung ke MPH Shah Alam. Membetul-betulkan buku THMSI [nota: pelik perangai penulis] yang terlindung dek buku-buku lain.

Saya melihat staf MPH sedang menyusun buku Tunnels di dalam cermin kaca depan. Saya pun berdoa: Ya Allah ya tuhanku, bila musim haji nanti terbukalah pintu hati mereka untuk display buku THMSI pula.

Cuba puan cadangkan pada Encik Zaharin, mana tahu jadi…. he..hee

Tahniah kepada puan dan tim PTS

ICe  on  05/24  at  06:50 AM

Teruskan usaha, Sifu! smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/28  at  09:30 AM

Salam,

Pada pendapat saya, Tunnels diberi display sebegitu gah kerana ia adalah sebuah buku terjemahan karya besar Barat. Seingat saya, buku Memoirs of a Geisha yang diterjemahkan ke BM juga pernah mendapat display sebegini.

Bukankah kita akan lebih berbangga jika display sedemikian diberi kepada buku-buku karya penulis tempatan?

Terima kasih.

......................

NOTA SIFU: Dalam memilih buku untuk dijadikan window-display, faktor yang paling penting adalah ‘bottom-line’ iaitu pulangan pelaburan (ROI), bukan sama ada ia buku karya asal ataupun terjemahan.

Faktor berapa unit buku dapat dijual, dan berapa puluh ribu ringgit dapat dikutip daripada jualan, itulah 2 perkara yang menentukan buku mana yang dipilih.

Disebabkan faktor ROI inilah maka buku karya asal tidak terpilih, kerana harga buku karya asal kurang RM40. Buku terjemahan lebih tebal, oleh itu harganya lebih mahal. Buku terjemahan juga dapat dijual lebih banyak. Dengan itu risiko ROI-nya dapat dikendalikan dengan lebih baik.

Kita masih menunggu buku karya asal yang tebal, yang dapat dijual ribuan unit, dengan harga yang mahal. InsyaAllah, akan ada nanti!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/29  at  06:30 AM

Quote: “Kita masih menunggu buku karya asal yang tebal”

Hmmm…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/02  at  03:10 PM

Salam,

Apakah bermakna, jika buku Kembar terpilih yang saya tulis (saya ambil contoh buku remaja kerana Tunnels adalah buku remaja) melebihi 400 mukasurat dan dijual dengan harga mahal, maka ia akan mendapat window display seperti Tunnels?

Ini kerana buku Kembar terpilih siri 5 adalah buku ‘bumper’ dan saya rancangkan melebihi 450 mukasurat.

Kalau benarlah itu ciri-cirinya, tak sabar saya hendak nantikan Kembar Terpilih mendapat display sebagaimana Tunnels.

terima kasih

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.