TV BERNAMA
Desas-desus sangat kuat mengatakan bahawa pada 28.2.2008 nanti agensi berita nasional Malaysia (BERNAMA) akan melancarkan stesen TVnya sendiri.
Sebagaimana dengan Radio-24 milik Bernama, stesen TVnya itu nanti akan menjadi stesen TV berita juga, ala-ala Aljazeera, CNN dan BBC.
Gosip yang kita dengar mengatakan BERNAMA berkahwin dengan BERJAYA GROUP yang sinonim dengan nama Tan Sri Vincent Tan untuk membuka stesen TV itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Menjelang pilihanraya, segala macam kemudahan digunakan untuk menjadi alat berkempen pihak yang mempunyai kuasa. Beberapa persoalan. Mengapa stesen TV ini dilancarkan dalam masa hari pilihanraya sudah sangat hampir? Terdesak sangatkah pihak yang berkuasa untuk berkempen? Tidak cukup lagikah dengan keseluruhan media utama yang dimiliki oleh pihak berkuasa sehinggakan terpaksa mewujudkan satu media lagi?
Saya setiap hari mendengar Radio 24 yang kononnya semasa dan sebenar. Semakin jelak saya dibuatnya kerana stesen radio ini menjadi alat kempen pihak berkuasa. Sudah tentu tiada bezanya dengan Stesen TV yang akan dilancarkan kelak.
Selepas badan kehakiman dibahamnya, pemilik Berjaya berangan pula hendak membaham BERNAMA.
Adakah taukeh judi ini sudah menguasai Malaysia? Ataupun siapakah yang berkuasa di Malaysia, pihak yang mempunyai kuasa ataupun taukeh-taukeh judi?
Ala-ala Aljazeera, CNN dan BBC? Hati saya tergelak gelak!
Ehem..ehem..
)
Jangan begitu, kita nilaikan sahaja stesen tv ini apabila telah dilancarkan nanti. (bersangka baik
Semoga media sentiasa adil menyampaikan maklumat dan bebas juga daripada ditekan mana-mana kuasa mahupun pihak-pihak tertentu.
Post a comment