Twin-X 2 Memenangi Anugerah Komik Terbaik 2009
Komik-M siri Twin-X 2 oleh Pac telah memenangi anugerah komik terbaik 2009 yang dianjurkan oleh Pesatuan Pekomik Malaysia (PeKomik).
Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Dewan Kedah bangunan PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.
Kemenangan Sdr. Pac adalah sangat membanggakan rakan-rakan pelukis Komik-M dan pegawai-pegawai PTS yang hadir dalam majlis itu, kerana beliau bersaing dengan pekomik-pekomik ternama, baik Melayu mahupun Cina, yang sudah lama bermain dalam industri, dan mereka sudah pernah berkali-kali memenangi pelbagai hadiah dan anugerah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum, puan yang dihormati.
Faktor utama mengikut pendapat saya mengapa komik Twin-X memenangi anugerah komik terbaik adalah disebabkan komik ini menggunakan bahasa Melayu tinggi pada naratif dan dialognya. Faktor yang sama juga menyebabkan komik Liga Pendekar memenangi anugerah Pekomik pada tahun lepas. Semoga Komik-M terbitan PTS akan terus mendominasi anugerah pada tahun-tahun akan datang.
Sekian, terima kasih.
Nuriazam Ismail.
Post a comment