Wednesday, March 29, 2006

Ujang Up-date

Semalam sekali lagi saya ke booth Creative hendak berjumpa dengan En. Jaafar Taib bagi menyampaikan salam dan pesan Sdr. Abdullah Jones. Beliau tidak ada.Saya ternampak Sdr Ujang sedang melukis kartun di meja khasnya.Di sisinya tersusun AKU BUDAK MINANG hardcover RM32.

"Sudah berapa terjual?"

"Hampir 200 ribu," jawab Ujang sambil terus melukis. Dia tidak pandang pun muka saya.

Di dinding terpamer novelnya JIBAM paperback RM10.90.

"Berapa JIBAM sudah terjual?"

"Hampir 250 ribu," jawab Ujang, sambil terus melukis.

Nota: Bagi menghubungi Sdr Ujang .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kuasa Pasaran Bahasa Melayu Previous entry: Skim Pinjaman Buku Teks: Siapa Untung, Siapa Rugi
Oraet.com  on  03/29  at  12:11 PM

hmm.. 200K ++.. byk gak tu..

tapi selama berapa tahun usaha penjualan tu berlangsung?

mmg mencabar..
——-

Ainin Naufal  on  03/29  at  05:11 PM

Jibam adalah novel yang paling saya suka. Saya membacanya semasa berada di zaman sekolah menengah. Pada mulanya saya terpandang guru bahasa Inggeris saya, seorang graduan lulusan luar negara begitu asyik membacanya. Selang beberapa hari kemudiannya, saya pula yang membacanya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  09:16 AM

Kalau tidak silap saya novel JIBAM karya kartunis ujang tersebut di terbitkan pada tahun 1988 (bermakna sudah menjangkau 20 tahun) - tidak usah dipertikaikan penjualannya menjangkau 200 atau 250 ribu naskhah, tetapi bagi sebuah novel yang mampu bertahan dan masih laris di pasaran hingga menjangkau 20 tahun bagi saya adalah suatu yang menakjubkan. Tambah mengkagumkan karya tersebut bukan ditulis oleh seorang novelis tetapi seorang kartunis. Dalam satu seminar tentang novel baru-baru ini di dewan bahasa JIBAM turut di perkatakan malah ada rumours mengatakan novel kartunis ujang tersebut akan di filemkan dengan modal jutaan ringgit. Saya rasa Puan Ainon boleh membuat ulasan dari sudut ilmiah di dalam blog ini apakah methode2 yang terdapat dalam novel JIBAM sehingga memberikan tarikan sedemikian rupa.

RESPONS PUAN AINON: Kalau saya ada waktu, mungkin saya dapat melakukan analisis itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  09:46 AM

Saya mengandaikan nama kartunis itu sendiri menjadi tarikan membantu kepopularan novel tersebut kerana keinginan khalayak pembaca untuk melihat bagaimana pula seorang kartunis berkarya dalam bentuk novel. Kalau PM tulis novel pun rasanya boleh laku.. betul tak puan?

RESPON PUAN AINON:
Kalau cuma mengharapkan nama Ujang yang terkenal, jualan JIBAM tidak dapat mencapai 250,000 naskhah. Tentu novel itu sendiri mempunyai kekuatannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  08:59 AM

Saya dapat sedikit maklumat dari seorang rakan dari Universiti Malaya yang menghadiri majlis memperkatakan tentang novel popular di DBP bulan lepas - Ada pendapat mengatakan novel JIBAM tidak mempunyai nilai-nilai intelektual dan ia hanya sebuah novel popular - bolehkah puan terangkan sedikit sebanyak tentang apa yang dikatakan sebagai intelektual dalam penulisan sesebuah novel?

RESPON PUAN AINON: Sesiapa yang mengatakan JIBAM tidak mempunyai unsur intelektual, maka orang itu yang wajib menerangkan apa yang dikatakannya itu.

Nooraidah Hussein  on  08/09  at  06:24 PM

Selamat petang. Saya pembaca setia Aku Budak Minang, Jibam dan karya-karya evergreen Ujang yang lain. Pertama kali saya membaca Jibam & Aku Budak Minang pada tahun 1990an (pinjam dari kawan) dan setelah dewasa baru mampu membelinya. Saya baca berulangkali hampir saban tahun dan masih mampu tergelak dengan lawak jenakanya. Dia seorang yang genius.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: