Ujian bagi Calon Penterjemah Sastera Klasik Inggeris-Melayu

Kepada saudara yang berminat ikut dalam projek terjemahan sastera klasik Inggeris-Melayu, tulis surat emel kepada saya klik di sini, bagi mendapatkan teks ujian.
Bagi mereka yang lulus ujian, bengkel latihan teori dan teknik terjemahan sastera akan diberikan.
Projek terjemahan ini menawarkan skim royalti dan pemilikan hakcipta terjemahan kepada penterjemah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu,
tiada ujian untuk penterjemah B.Arab kah?
saya mahu duduki.
Ambil periksa atau duduki periksa? Kalau peperiksaan itu memerlukan calon itu berdiri bagaimana?
Tuan al-ustaz Zaid,
Ikut hati, tentu sekali saya mahu buat ujian untuk penterjemah bahasa Arab, tetapi saya ini batang kayu bab bahasa Arab! Bagaimana mahu mengujinya.
Namun saya ada permintaan kepada tuan. Alangkah eloknya jika tuan dapat menterjemah karya sastera klasik Arab yang sudah public-domain. Kita mahu sangat!
sifu,
saya pernah menterjemah cerpen bahasa Arab milik cerpenis tersohor Syria, Zakaria Tamer dan tersiar di Berita Harian pd tahun 2000.
itulah sekali. sejak tu, terbantut pula kegiatan itu bila saya mula menulis novel
public-domain tu lagu mana, puan sifu? mcm karya2 Naguib Mahfouz kah? Atau Najib Kaylani yg byk di Indonesia skrg?
Ustaz!
Karya yang sudah public-domain adalah karya yang pengarangnya sudah 50 tahun meninggal dunia.
Puanku Sifu mesti aplikasikan lateral thinking juga untuk masalah batang kayu bab bahasa Arab. Delegasikan tugas menguji kepada yang arif Arab<>Melayu.
Tuaku Rastom,
Saya perlu delegasikan tugas itu kepada orang yang tahu bahasa Arab dan tahu ilmu terjemahan.
Apa tuanku bisa saya lantik melakukan tugas menguji itu?
Ya ustazah Ainon,
Saya bisa saja menerima tawaran tersebut andaikata berkemampuan. Sayangnya pengetahuan Arab<>Melayu saya masih berada di tahap elementary. El ustaz Zaid tentunya punyai rangkaian para sifu-sifu yang ahlul loghatul arabia hasil dari pengajiannya sekian lama. Nah itukan lebih afdhol!
Assalamualaikum,
Saya menunggu terjemahan cerita Hikayat Seribu Satu Malam. Pastikan projek terjemahannya termasuk dalam perancangan PTS ya. Ceritanya banyak, berjilid-jilid serta boleh merangsang imaginasi pembaca.
Wassalam
ps: Saya ada ebook Hikayat Seribu Satu Malam dalam bahasa Inggeris. Tidak pasti ianya hak awam atau pun tidak. Sesiapa yang hendak melihat atau membacanya, saya boleh email/poskan.
Tuan Md Hazali,
Tolong emelkan kepada saya. Nanti saya akan fikir bagaimana dapat dilaksanakan idea tuan itu.
Tuan Md Hazali,
Itu cerita klasik Tolong emel ebook Hikayat Seribu Satu Malam itu kepada saya. Saya pernah baca terjemahan Melayunya masa kecil-kecil dulu. Sayang sekali bapa saudara saya terbuang buku itu semasa mengemas rumah lama.
Wassalam.
1001 Malam Off-topik
Ada juga sebuah kisah 1001 Malam di Malaysia. Tersebutlah kisah seorang jejaka yang gemar berlibur di seberang sempadan pulang dengan wajah murung. Bila ditanya kenapa bersedih? Jawabnya, “habis 1001 malam!*”
*Habis RM1000 dalam satu malam
Salam Tuan Hazali,
Mohon e-melkan Hikayat Seribu Satu Malam itu kepada saya.
Terima kasih.
Siti Hajar
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Assalamualaikum,
Saya telah muat-naikkan fail-fail ebook Hikayat Seribu Satu Malam di http://www.pantun.net/download/. Ada lebih kurang 10 MB teks kesemuanya, dan ada beberapa versi.
Dari pengamatan saya, hakcipta buku tersebut telah menjadi hakcipta awam. Mungkin saya salah, bahagian perundangan PTS tentu dapat melihat dengan lebih terperinci lagi.
Puan Sifu, Helang6 dan Siti Hajar,
Saya akan emailkan capaian muat-turun tadi ke email puan/tuan semua.
En Rastom,
)
Sampaikan salam saya pada jejaka yang suka berlibur di seberang sempadan itu dengan ucapan “Padan muka” (dengan nada yang sama seperti Puan Sifu, dalam blog En Rastom tentang isu “Akhbar Melayu Tidak Laku”).
Wassalam
SAYA SEORANG PENTERJEMAH ARAB-MALAY DAN ENG-MALAY… serta boleh tubuhkan team sendiri untuk terjemah atau susun buku arab atau terjemahan… sangat berminat untuk join projek terjemahan ini…
Nak jumpa siapa ya?
pernha dengar buku kisah haiwan DAMNIAH WA KALILAH oleh al-Muqaffa’..... buku hebat zaman-berzaman lebih hebat dairpada hikayat 1001 malam…
ada pendapat kata ia ditulis dalam bahasa sanskrit… dan disimpan di sitana….tetapi seorang pahlawan islam mengambil masa 20 tahun untuk mencurinya dengan cara menghafalnya sedikri demi sedikit… kemudian diterjemah ke bahasa arab…
tapi ada yang kata ia memang ditulis dalam bahasa arab.. saya da teks arabnya..
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Ya ustaz dan ustazah, kalau terjemah kitab-kitab public domain dalam topik fulijami tentu bagus juga.
Sayang sekali bapa saudara saya terbuang buku itu semasa mengemas rumah lama.
saya amat berminat untuk menyertai projek terjemahan bahasa arab-melayu.Melayu-arab.
berpengalaman 5 tahun sebagai penterjemah.Bagaimanakah prosedurnya untuk menjadi penterjemah di PTS?
Post a comment