Saturday, June 12, 2010

Ulangcetak dengan Cover Baru: Bila Desain Patut Ditukar?

Dua buku di atas adalah buku ulangcetak.

Bilakah masanya kulit buku yang ada patut digantikan dengan desain baru? Sebagai petua, kulit buku boleh ditukar dalam situasi berikut:

(i) Pada cetakan ke-3. 

(ii) Apabila ada tambahan bab, yakni ada edisi baru.

(iii) Apabila cover lama tidak menarik dan gagal menjual buku itu.

(iv) Apabila ada kesilapan serius pada cover.

Kedai buku cenderung menyukai apabila kulit buku yang sudah lebih setahun dalam pasaran digantikan dengan desain baru kerana kulit baru membantu jualan buku itu naik semula.

Tetapi, penerbit tidak suka menukar kulit buku kerana apabila kedai menerima buku yang berkulit baru itu, maka kedai akan memulangkan semua stok buku lama kepada penerbit. Ini adalah kerugian kerana buku lama itu akan menjadi buku buruk dalam setor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Membeli Ruang Iklan bagi Mempromosi 'Karipap-Karipap Cinta' Previous entry: Terjemahan Hadis: Kanak-Kanak pun Faham
syahrul nizam  on  06/12  at  08:53 PM

Lihat cover lama lagi historik buku Persembahan Hebat dengan PowerPoint di sini: http://teknikpowerpoint.blogspot.com/

Syahrul Nizam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: