Ular Besar dalam Pasaran Buku Melayu
Apabila saudara masuk bisnes penerbitan buku, saudara masuk kebun ular, yang di dalamnya ada 2 ekor ular besar. Dua buah penerbit terbesar buku Melayu, ALAF21 dan Utusan, merupakan ahli kumpulan media yang besar, Kumpulan Karangkraf dan Kumpulan Utusan. (DBP? Urmm....)
Apabila kumpulan akhbar juga mempunyai anak-anak syarikat yang menerbitkan majalah dan menerbitkan buku, kumpulan itu sudah menjadi budak besar dalam sektor buku. Anak syarikat yang menerbitkan buku dapat mempromosikan buku-bukunya melalui akhbar dan majalah-majalah terbitan kumpulan media itu.
Sebagai contoh, novel-novel cinta ALAF21 berjaya dipasarkan dengan baik kerana ia dipromosikan melalui akhbar-akhbar tabloid dan majalah-majalah Karangkraf. Sebagai dasar bisnes, Karangkraf tidak membantu promosi buku-buku PTS dengan menyiarkan resensi buku secara percuma. Kalau mahu, belilah ruang iklan.
Akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia hanya menyiarkan resensi buku-buku terbitan anak syarikatnya, Utusan Publications, ataupun penerbit luar negeri. Justeru, resensi buku-buku PTS tidak disiarkan dalam Utusan lagi.
Semasa PTS baru muncul dan masih amat kecil, buku-buku PTS diberikan dukungan lumayan oleh Karangkraf dan Utusan. Ini amat membantu brand PTS dikenali dalam pasaran.
Tetapi apabila PTS tidak gulung tikar dalam tempoh 3 tahun, dan kemudian mula membesar, ceritanya sudah berbeza. Budak-budak besar yang sedia ada mula mengubah pandangan mereka terhadap PTS. Ini adalah sesuatu yang normal, yang pasti akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang menjalankan bisnes menggunakan logik biasa.
Justeru, saudara sebagai orang bisnes, apabila syarikat saudara berjaya survive selama 3 tahun, saudara berpotensi menjadi pesaing yang membahayakan bisnes budak-budak besar, dan mereka akan mula melayan saudara sebagai pesaing yang mesti diketuk. Saudara tidak dapat mengharapkan dukungan sesiapa lagi dalam pasaran.
Selepas 3 tahun dalam pasaran, sudah sampai masanya saudara survive sendiri dengan menjadi pemain berstrategi.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Jika begitu, PTS perlu punya media sendiri. Bayangkan PTS ada akhbar atau majalah sendiri. Buku PTS boleh diiklankan di situ.
Majalah motivasi setahu saya masih belum ada dalam pasaran tempatan.
——-
Merdeka sudah hampir 50 tahun. Akhbar Melayu (arus perdana) ada berapa? Akhbar Cina berapa? Hehehehe….mungkin PTS temui jalan mudah jika akhbarnya bertulis Cina.
Post a comment