Ulasan Buku oleh En. Katerer

Setelah selesai membaca Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah, maka benarlah kata orang, hikayat ini adalah hikayat perang. Hampir keseluruhan isi dan dialog hikayat ini berkisahkan perang menentang golongan Muawiyah yang dipimpin oleh Yazid bin Muawiyah dan Marwan Hakim.
Seperti kata penerbit, sebahagian cerita dalam hikayat ini, terutamanya peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat adalah dongeng dan khayalan penulisnya sahaja. Walaupun ada watak dan personaliti yang benar-benar wujud dalam sejarah, namun kejadian dan banyak watak-watak lain merupakan fiksyen semata-mata. Justeru itu, pembaca dinasihatkan supaya merujuk buku-buku sejarah dan sirah Rasulullah S.A.W bagi mengetahui kisah sebenar.
Apabila saya rujuk buku sejarah, watak utama hikayat ini, Muhammad Ali Hanafiyyah, memang benar-benar wujud. Muhammad Ali Hanafiyyah merupakan anak kepada sepupu Rasulullah S.A.W, Ali bin Abu Talib.
Menurut buku sejarah, selepas Hasan dan Husain meninggal dunia, sekelompok keluarga Rasulullah S.A.W melantik Muhammad Ali Hanafiyyah sebagai pemimpin atau khalifah. Mereka yang setia secara aktif terhadap perjuangan keturunan Ali r.a ini dinamakan golongan Syiah, yang ingin membela kematian Husain di Karbala. Sentimen ini diteruskan dengan cubaan untuk menabalkan anak Ali r.a yang lain, iaitu Muhammad Ali Hanafiyyah sebagai khalifah. Pemberontakan Syiah ini diketuai oleh Mukhtar bin Abi ‘Ubaid. Inilah antara rentetan peristiwa yang dikategorikan sebagai ‘fitnah yang kedua’ selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W.
Ya, fiksyen tetap fiksyen. Namun pada hemat saya, penulis Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah ini cuba mengangkat keturunan Ali r.a yang merupakan susur galur keluarga Rasulullah S.A.W ke suatu tahap yang penulis itu sendiri tahu ke tahap mana.
Sebagai sebuah fiksyen perang, ia menarik untuk diteliti dan direnungi. Watak utama Muhammad Ali Hanafiyyah dan rakan-rakannnya digambarkan mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Mengapa?
Bayangkan: mereka boleh mengangkat seorang hulubalang musuh yang gagah perkasa dengan satu tangan dan kemudian menghempas ke tanah, maka hancurlah tulang temulang; mereka memotong putus keempat-empat kaki gajah dengan sekali libasan pedang; memancung kepala berpuluh-puluh askar musuh dalam beberapa saat sahaja; menggempur keseorangan ke dalam askar musuh yang berjumlah puluhan ribu dengan amat berani, umpama aksi kamikaze, namun tetap berjaya; memukul kepala panglima utama musuh dengan cokmar sampai hancur badan menyembah bumi atau sekurang-kurangnya keluar otak dari hidung, telinga dan mulut; dan seterusnya.
Bagi peminat cerita perang, Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah memang sesuai untuk anda. Plot-plot yang pendek dan mendebarkan!
Nota: Teks ulasan buku ini disalin dari blog PasalBuku milik WEB SUTERA. Sdr. WEB seorang bisnesman katering, barangkali itu punca buku beliau yang bertajuk "Memulakan Bisnes Katering" masih belum siap, maklumlah musim kenduri doa selamat orang naik haji, orang katering sibuk buat duit.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Seorang bekas pensyarah Institut Perguruan dari Johor mengakui beliau menitiskan air mata ketika membaca novel karya Ikram ini.
Buku itu yang saya jual ketika Hari Puisi Nasional yang berlangsung di Melaka semalam, turut dibeli oleh Datuk Aziz Deraman, mantan Pengarah DBP.
Syabas kepada penulis muda dari Kelantan ini.
Katering Sifu, jangan tidak!
Maaf Sifu, saya memang suka membaca, tetapi menulis, saya mengaku ada kelemahan. Tiada disiplin dalam penulisan. Maaf sekali lagi Sifu.
Post a comment