Wednesday, September 15, 2010

Undang-Undang Amerika Tidak Mengizinkan Buku dari Luar Diimport dan Dijual di Negara Itu

Banyak orang mempunyai idea kononnya jika mereka menulis buku dalam bahasa Inggeris maka mereka dapat membuat untung besar dibandingkan jika mereka menulis buku dalam Bahasa Melayu kerana mereka menyangka buku Inggeris dapat dijual ke merata dunia. Sangkaan itu tidak benar.

Mereka tidak tahu bahawa negara-negara maju di seluruh dunia mempunyai undang-undang yang ketat tentang import buku. 

Undang-undang Amerika tidak membenarkan rakyatnya mengimport buku yang dikeluarkan (manufactured) di negara lain, walaupun hanya satu naskhah!  Larangan itu  termasuklah buku-buku teks.

Berita terbaru dalam Publishers Weekly melaporkan Persatuan Penerbit Buku Amerika sedang membawa kes ke Mahkamah Agung (Supreme Court) kerana persatuan itu mahu supaya mahkamah mengekalkan undang-undang yang menghalang import buku dari luar.

Baca lebih lanjut di web Publishers Weekly.

NOTA: Hanya negara-negara bekas tanah jajahan di benua Afrika, Latin Amerika dan Asia (termasuklah Malaysia, Singapura, Filipina, Burma dll) yang membenarkan buku-buku luar diimport dengan bebas, kecuali bagi buku dan majalah pornografi (dan di Malaysia, termasuk buku yang menghina ataupun mengancam Islam).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pengarah Urusan PTS ke Hanoi Menghadiri Pesta Buku Vietnam Previous entry: Surat dari Pengurus AinMaisarah: Perlunya Blog dan Facebook Dijadikan Alat Penjenamaan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.