Monday, June 25, 2007

Undang-undang Hudud dan Perlindungan Hakcipta Karya Terjemahan Teks Quran dan Hadith

Undang-undang hakcipta melindungi karya terjemahan serupa seperti karya asal.

Orang lain tidak boleh mencuri ayat-ayat daripada karya terjemahan saudara sebagaimana karya asal saudara tidak boleh dicuri.

Banyak ustaz-ustaz Malaysia, apabila menulis buku, mereka senang-senang menyalin (baca 'mencuri') ayat-ayat terjemahan Quran dan hadith yang dibuat oleh ustaz-uztaz Indonesia dalam buku-buku yang diterbitkan di Indonesia. Perbuatan ini adalah salah.

Menyalin terjemahan orang lain adalah jenayah mencuri. Ia jatuh di bawah hukum hudud.

Karya terjemahan adalah 'karya asal'. Hakcipta karya asal adalah pada pengarang asal. Hakcipta terjemahannya adalah pada penterjemahnya. Itulah sebabnya perbuatan menyalin terjemahan ayat Quran dan hadith yang dibuat oleh penterjemah lain adalah jenayah.

Apabila sesebuah karya itu diterjemahkan oleh 5 orang penterjemah, maka setiap penterjemah memegang hakcipta terjemahan masing-masing.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ancaman Serius Mentaliti "Business-as-Usual" Previous entry: Ustaz Tulis Buku
ilhami  on  06/25  at  08:34 AM

Salam Takzim. Kuliah ini pasti menarik dan mengundang perbincangan ilmiah seputarnya. Mohon pada mereka yang berautoriti untuk memberikan pandangan.

Selama ini, khalayak hanya terdedah pada hukum hudud yang difahami umum sahaja untuk pembunuhan dan mengambil hak orang lain.

Kuliah ini membawa sesuatu yang berkaitan dengan mencuri hak dalam bab-bab penulisan pula. Seronoknya dapat maklumat baru:-
——-

Fadzli Yusof  on  06/25  at  07:43 PM

Sekadar untuk ‘menyegarkan’ semula apa yang dipelajari masa muda-muda dulu. Minta rakan-rakan kuliah lain memperbetulkan kalau tersilap.

Jenayah hudud adalah jenayah yang:
1. Dinyatakan jenis kesalahannya dalam al Quran
2. Dinyatakan apakah hukumannya dalam al Quran

Ada lima perbuatan jenayah Hudud (ada beberapa pendapat):

1. Zina
2. Mencuri
3. Meminum arak
4. Rompakan bersenjata
5. Murtad

Untuk mencuri, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi (Saya pun sebenarnya sudah ingat-ingat lupa):

1. Barangan yang dicuri mencecah nilai tertentu.(Berapa ya?)
2. Barangan dicuri daripada zon kawalan pemilik, bukannya barangan yang diletakkan di merata-rata.
3. Berlaku proses ‘pemindahan pemilikan’ (‘Possession’ not ‘Ownership’- Apa terjemahannya, Puan?)
4. Ada lagi rasanya, tetapi tidak berapa pasti. Maaf.

Apa jadi kalau tidak cukup syarat? Pendakwaraya sepatutnya membuat pendakwaan di bawah kesalahan takzir, yang digubal oleh pemerintah.

Adakah mencuri hakcipta satu jenayah hudud? Wah, lontaran yang menarik. Jikalau ianya memenuhi syarat-syarat, kenapa tidak? Macamana para ustaz sekalian?

macamana (SALAH) = macam mana (BETUL)

Tuan Fadzli,

Saya bukan ustaz, tetapi saya hendak mengemukakan pendapat saya mengapa jenayah mencuri harta intelek layak dimasukkan dalam hudud.

Harta intelek adalah harta. Malah abad ini adalah abad ekonomi harta intelek, sehingga kerajaan Malaysia ikut menubuhkan Lembaga Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi membangunkan ekonomi berdasarkan harta intelek.

Jikalau mencuri duit kepunyaan orang lain termasuk dalam hudud, mengapakah mencuri harta intelek orang lain tidak layak termasuk dalam jenayah hudud.

Di Malaysia sudah banyak orang yang menghimpun harta berjuta-juta dengan mencuri dan menerbitkan, dan memperdagangkan, harta intelek penulis dan penterjemah Indonesia. Di Indonesia, banyak yang menghimpun harta berjuta-juta mencuri harta intelek para penulis Arab.

Dalam sistem sekarang, undang-undang mencuri harta intelek masuk dalam undang-undang tort - kanun kesiksaan. Menangkap pencuri harta intelek sudah jadi kerja polis. Dulu-dulu ia di bawah undang-undang sivil sahaja.

Sesiapa yang harta inteleknya dicuri boleh memilih (a) buat laporan polis, ataupun (b) saman gantirugi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/25  at  08:54 PM

Assalamualaikum.

Maaf, mungkin pertanyaan saya agak lari dari topik yang sedang dibincangkan namun masih berkaitan dengan terjemahan. Puan, bagaimana pula mutiara kata yang telah diterjemahkan daripada tokoh-tokoh tertentu?

Contohnya, saya ingin memetik mutiara kata tokoh sekian-sekian daripada buku 7000 Mutiara Kata. Bolehkah saya terus menyalinnya atau adakah saya perlu menterjemahkannya sendiri?

Jika saya boleh menyalinnya, perlukah saya memohon kebenaran daripada pihak tertentu dan jika ya, bagaimana caranya? Terima kasih.

Koleksi buku mutiara kata adalah sejenis dengan kamus. Mutiara kata dan kata-kata hikmat boleh digunakan dengan tidak meminta izin terlebih dahulu. Nyatakan sahaja mutiara kata itu siapa yang mengucapkannya. Contoh: Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama - Mao Zedung.

Saifuddin  on  06/26  at  12:34 AM

Puan Ainon dan Tuan Fadzli,

Berkenaan jenayah mencuri hakcipta terjemahan dan sebagainya ia perlu diteliti dengan lebih mendalam oleh pakar-pakar Fiqah kontemporari. Pada pendapat saya, jenayah ini akan dicaj di dalam jenayah Takzir kerana nilai barang yang dicuri itu tidak dapat dipastikan. Kemudian, adakah barangan yang dicuri itu berada di dalam lingkungan zon kawalan pemiliknya?

Walau apapun, terima kasih kepada Puan Ainon kerana melontarkan persoalan ini.

Tuan Saifuddin,

Nilai harta intelek mudah ditaksirkan. Tanya akauntan.

saya  on  08/05  at  03:44 AM

tajuk yg bagus

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.