UNIKA PTS Tidak Setuju dengan Menteri
Menteri Pengajian Tinggi mahu supaya tindakan diambil bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di Universiti, Kolej dan Sekolah. Baca di sini.
Nampaknya pembayar TOL terpaksa menanggung lebih banyak kos yang bakal dibelanjakan bagi mengajarkan BI, bukan mengajarkan ILMU!
Kalau mahu memandaikan Melayu, ajarkan ilmu dalam Bahasa Melayu. Menteri kita ini mahu memandaikan pelajar-pelajar asing, itu sebab isu BI menjadi amat penting.
Dia ini betul-betul MAK SI RANDANG moden!
.
.
Nampaknya pembayar TOL terpaksa menanggung lebih banyak kos yang bakal dibelanjakan bagi mengajarkan BI, bukan mengajarkan ILMU!
Kalau mahu memandaikan Melayu, ajarkan ilmu dalam Bahasa Melayu. Menteri kita ini mahu memandaikan pelajar-pelajar asing, itu sebab isu BI menjadi amat penting.
Dia ini betul-betul MAK SI RANDANG moden!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Benar, dulu ada ura-ura pengajian Malaysia yang diajarkan untuk pelajar asing juga mahu dimansuhkan supaya lebih ramai pelajar asing ke Malaysia.Mereka tidak perlu belajar asas Bahasa Melayu dan belajar budaya Malaysia. Segalanya dipermudahkan.
Saya sendiri seperti berada di negara asing bila segara urusan perlu dalam BI. Parlimen telah meluluskan penggunaan BI di Univ swasta. Jadi hasilnya ...
Dulu semasa saya bekerja di syarikat swasta, hanya Christine Ling seorang yang berbahasa Melayu dalam mesyuarat yang boss dan kakitangan lain semuanya Melayu. Sungguh sedih ...
——-
melihat ke belakang, saya salah seorang lulusan SPM yang belajar dalam bahasa melayu sepenuhnya, bila di hantar untuk ke tingkatan 6 dan 7 di new zealand, kena buat kursus intensif Inggeris di ITM selama 6 bulan. Tetapi ilmu yang di ajar dalam BM sebelum itu sudah cukup untuk menjadi pengalas pada pembelajaran dalam BI di tingkatan 7 (saya pintas setahun setelah mencabar kementerian pendidikan NZ yang saya boleh lulus tanpa ke ting 6).
Mungkin agak sukar juga pada mulanya, tetapi kebanyakan kami berjaya juga mengharung halangan bahasa, kerana ilmu yang dipandaikan dalam BM memang setaraf dengan dalam BI.
Menyebut Christine Ling, (apakah kamu, mal, sama di TV3 dulu), dia memang cukup bangga berbahasa Melayu. Selalu juga berbincang dengan dia mengenai bahasa dan sastera (kerana dia selalu membaca cerpen dan tulisan saya di akhbar). Bahasa melayu Christine memang sastera tinggi…..
Sdr Fudzail,
Sdr adalah data sohih bahawa ajarkan ILMU dalam BM kepada budak2 Melayu. Dengan imu itu, hantarlah mereka ke Jepun, Korea, NZ, Peranchis, Mesir, Jerman, Findland, Russia… insya Allah, mereka akan dapat belajar di negara2 itu, sebab apabila sudah dihantar ke sana, sangat mudah belajar bahasa2 negara itu, maklumlah, setiap saat terpaksa belajar bahasa itu, kalau tidak hendak makan pun susah.
Sekarang budak kampung mahu diajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Memang ini dasar yang BODOH lagi MEMBODOHKAN budak-budak Melayu kampung.
Ini dasar penghapuskan etnik daripada dunia sains! Dan dasar ini dilaksanakan oleh pemimpin Melayu yang diundi oleh pengundi2 Melayu.
Sdr Fudzail,
Ya saya pernah bekerja di stesyen TV tersebut sebelum berpindah ke Univ. Kak Lang memang superb, BI dia pun hebat tapi dia lebih suka orang bercakap dengannya dalam BM. Dengarnya dia di P.Pinang dan sudah berumahtangga kini.
Anak saya yang berumur sembilan tahun amat kesal melihat buku teks pelajaran sains kakaknya yang berumur dua belas tahun dalam BM. Dia merungut-rungut kerana terpaksa belajar sains dalam BI.
Tetapi kerana minat dia masih terus membaca sains dalam BM melalui buku kakaknya dan berjaya dalam kuiz sains di sekolah. Bahkan berjaya menjadi pelajar terbaik dalam sains di sekolah.
Sebenarnya kebimbangan saya ialah penerapan BI dalam hidup seharian anak bangsa kita akan sekaligus menyerap sekali adat budaya bangsa Inggeris.
Bagaimana? Lihat sahaja waktu ini, ada anak bangsa Melayu yang malu berbahasa Melayu!
Bagaimana dengan berita ini
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm
Debat 100 jam ke arah martabatkan bahasa Melayu
OLEH ANI AWANG
Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur baru-baru ini.
DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) akan mencipta sejarah dalam Guinnes Book of World Records dan The Malaysia Book of Records apabila menganjurkan Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti yang akan berlangsung di Dewan Seminar DBP Kuala Lumpur pada 19 hingga 23 Disember ini.
Debat itu sebagai satu seni pengucapan awam yang berperanan menyampaikan informasi dan mengembangkan pemikiran seseorang individu.
Aktiviti perkongsian intelektual itu merupakan program yang julung kali diadakan sempena ulang tahun ke-50 DBP dan UiTM.
Menurut Koordinator Unit Debat Bahasa Melayu UiTM, Noriza Hussin, debat itu bertujuan untuk memartabatkan tahap penggunaan bahasa Melayu di negara ini.
Beliau berkata, pihaknya menyediakan kira-kira 200 tajuk untuk tujuan itu.
Sdr Fudzail,
Perbuatan ‘berdebat’ ini tidak ada sunnahnya. Nabi Muhammad tidak pernah menjalankan majlis berdebat.
Tradisi debat ini sunnah Plato, Socrates dan Aristotle, pemikir zaman Yunani Klasik. Logik di sebalik debat adalah, “saya betul jikalah saya dapat buktikan kamu salah”. Logik formal dialektis seperti ini tidak semestinya betul dalam dunia sebenar.
Malah ada hadith Nabi SAW yang mengatakan sesiapa yang pandai berkata-kata dengan tujuan suka mematahkan hujah orang lian, maka orang itu bukan umat Nabi.
Jangan kita bersekongkol dengan mentaliti suka acara-acaraan yang sia-sia!
Bercakap soal pengalihan BM kepada BI dalam dua mata pelajaran ni,saya teringat insiden sharifah amani sewaktu anugerah FFM yang lepas. Keesokan harinya Si Menteri menegur ketidaksopanan gadis tersebut. Saya terfikir, apakah rasional yang diberikan sewaktu ramai yang mempersoalkan penggunaan BI dlm subjek sains dan matematik?...Tidak mustahil suatu masa nanti BI mahu dijadikan bahasa pengantar di sekolah…maka inilah hasilnya nanti,anak melayu yang merasakan dirinya BODOH apabila bertutur dalam bahasa ibunda sendiri..
Puan Sifu, tuan-tuan & puan-puan,
Apabila fakta di depan begitu menonjol (iaitu lebih 50 ribu siswazah menganggur…salah seorangnya ialah anak saya…) maka kita tertanya-tanya:
(1) Adakah berbaloi menekankan BI sebagai medium pengajaran?
(2) Tiada jaminankah bila siswazah sudah lulus IPTA/IPTS akan mendapat pekerjaan?
Nampaknya bukan setakat BI menjadi isu tetapi keseluruhan dasar pendidikan yang “seolah-olah” tidak seimbang dengan keperluan kemahiran negara ....
Sheikh,
Budak2 siswazah tidak ada kerja sebab PEKERJAANnya yang tidak ada! Tidak ada kena mengena dengan BM ataupun BI ataupun universiti tidak mengajar subjek yang sesuai. Budak2 yang fasih BI, yang balik dari US dan UK pun banyak yang belum dapat kerja. Yang lulus fakulti kejuruteraan pun tak dapat kerja.
Mengapa budak2 Cina tidak ada yang menganggur? Mereka juga lulus dari UM, UKM, UTM, USM, UUM!
Sebab setiap keluarga Cina ada bisnes sendiri, jadi masyarakat Cina dapat mencipta peluang pekerjaan untuk anggota keluarga masing-masing. Mereka banyak IKS (industri kecil dan sederhana). Itu sebab tidak ada yang menganggur.
Apa jadi pada IKS Melayu? Ke mana pergi duit dana dan tabung yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membangunkan IKS Melayu? Mengapakah kontrak2 kerajaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak mencipta kelas IKS Melayu?
Jawab!
Mengapakah
.....sambung
Mengapakah yang banyak menerima kontrak kerajaan adalah “syarikat2 hantu”?
Apabila hantu yang diberi kontrak, maka tidak mungkin IKS Melayu dapat tumbuh. Tanpa IKS Melayu, selamanya kita tidak dapat mencipta peluang pekerjaan bagi anak-anak Melayu.
Jika sheikh sekarang mempunyai bisnes membuat budu sekalipun, sheikh dapat memberi pekerjaan kepada anak sheikh itu.
Termaktub di dalam beberapa kitab lama beberapa petua mengnyahkan penyakit “syarikat2 hantu”. Satu petua yang masih saya ingat ialah secara berjemaah dan dengan zikir kuat ..bunyinya seperti…R e f o r m a s i!
Tuan Rastom dan Sheikh Alang,
Syarikat2 hantu itu diberi kontrak berjuta-juta, berapa peluang pekerjaan yang dicipta oleh syarikat2 hantu itu untuk budak2 Melayu?
PTS yang saya bangunkan dengan bergolok bergadai ini sekarang sudah mencipta hampir 50 peluang pekerjaan. Saya cuma perlu cipta 2 jawatan untuk anak saya yang 2 orang itu, yang lain untuk anak2 orang lain.
Anak sheikh lelaki ataupun perempuan? Adakah dia berminat bidang penerbitan buku?
Puan,
Ana funya bintun bintun semuala, mungkin nanti dafat ilham baru bila baca buku assheikh alang fasal itu fulijami, boleh dafat ummi muda amma ba’du dafat anak laki2la fula insyaallah
Tuan Rastom,
Bukan “baca”-lah, tapi “basya”! (Arab tak dapat sebut bunyi ‘c’.)
Puan Sifu,
Anak saya itu perempuan, dan walaupun dia lulusan ijazah sarjana muda di bidang Business Studies (UiTM), saya tekankan kepada beliau supaya tidak memilih pekerjaan.
Al-hasil, beliau kini bertugas sebagai seorang guru sebuah tadika Islam yang berdekatan dengan rumah, sebagai suatu pekerjaan sementara menunggu kerj ayang lebih bagus. Setelah hampir lima bulan mengajar di tadika itu, berkata beliau sudah mula minat mengajar, dan di atas dorongan saya juga, beliau memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat masters di bidang pendidikan- hendak jadi guru…
Walau bagaimana pun beliau masih mencari pekerjaan dengan tiket ijazah sarjana muda itu. Saya percaya sekiranya mendapat peluang yang baik, dia tidak akan mensia-siakan peluang itu.
Sheikh,
Disebabkan anak sheikh itu suka mengajar di tadika, elok diteruskan, supaya satu hari nanti beliau dapat membuka bisnes tadika sendiri.
Jangan lagi Sheikh ada mentaliti lapuk dan purba mahu menggalakkan anak supaya ‘cari kerja yang lebih baik’. Nabi Muhammad tidak makan gaji!
Biar bayar gaji, jangan makan gaji!
sambung…...
Anak-anak kita ada otak yang baik, mereka mesti gunakan sendiri otaknya itu, jangan diserahkan otak anak-anak kita kepada orang lain, sehingga orang lain menggunakan otak anak-anak kita buat kepentingan mereka sendiri!
Kakak saya belajar sampai setakat SPM. Kami semua tidak tahu keputusan SPM beliau yang sebenar. Mungkin malu, kerana kesemua kami selain dari beliau belajar hingga ke IPT. Namun, semangatnya kental dan arwah ayah saya sentiasa memberi galakan kepadanya untuk menceburi bidang lain.
Sebelum berkahwin, beliau bekerja dengan Yayasan islam Terengganu sebagai guru agama kelas petang.
Selepas berkahwin, beliau mengikut suami berpindah ke Selangor dan tinggal di Selayang.
Kakak saya tidak berpuashati dengan cara didikan sebuah tadika di sana di mana anaknya belajar. Beliau membuat keputusan untuk membuka tadika sendiri dan menyediakan sendiri buku-buku pengajaran. Kini tadikanya makin berjaya dan sudah berusia lebih dari 10 tahun. Beliau juga mampu menggaji 3 orang guru lepasan universiti.
Pada pendapat saya, jika gagal mencari pekerjaan dengan teknik yang biasa digunakan, siswazah juga perlu belajar mencari kerja dengan taktik ‘cold calling’. Dulu saya suka bertukar-tukar kerja sebelum megambil keputusan menjadi bos sendiri. Keluarga saya hairan kenapa saya sentiasa ada kerja sedang waktu itu ekonomi tidak begitu baik. Rahsianya, saya cari kerja macam salesman cari jualan. Beri saya sedikit masa, saya akan huraikan cara ini di blog saya.
Saya sokong Puan Ainon. majalah Massa (yang kini mati sebab para cendikian tidak banyak membaca - menurut terbitan terakhirnya) juga ada menyebut tidak akan ada orang melayu kaya jika terbaik melayu cuma makan gaji, sedangkan yang berniaga merupakan mereka yang tidak lulus SPM (akhirnya perniagaan lingkup, atau kekal kecil).
kalau anda terbaik melayu, cuba usahakan perniagaan. saya tengah usaha ni, cuma sedang tunggu duit buku. komputer dicuri selepas baru beli hosting (untuk buat e-shop) menyusahkan lagi keadaan.
Mereka yang gagal SPM tidak semestinya bodoh. Lantaran kesempitan hidup lebih menggamit mereka untuk memikirkan tanggungjawab.
Mereka yang lulus hingga PhD tidak semestinya bijak. Mereka hanya ada pelajaran tapi bukan ilmu, ramai yang tidak tahu menggunakan ilmu yang ada pada mereka, hatta membuat keputusan mudah sekalipun.
Mereka yang bijak ialah mereka yang tahu membaca peluang. Tidak memandang remeh perkara yang kecil dan tidak memandang rendah terhadap orang lain walaupun orang itu hanya pencuci tandas. Mereka yang bijak sebenarnya ialah mereka yang thu mencipta peluang, mencipta pekerjaan dan kerjaya dan bukannya menunggu dan mencari apa yang telah tersedia semata-mata.
Mengapa orang melayu tidak memberi perhatian terhadap ‘packaging’ dodol dan lempog? Cukup sekadar berbentuk 4 segi dan dibungkus dalam plastik biasa? Mengapa orang cina mengeluarkan dodol dan lempog dengan dibungkus cantik dan menarik, dengan bentuk yang lebih ‘cute’ sehingga lebih dipilih untuk dijadikan buah tangan dan jajan? Adakah kerana kita takut pada perubahan? Takut untuk pro-aktif?
puan sifu,
apa itu Mak Si Randang?
Sdr Faisal,
Dalam sastera rakyat Melayu, ada kisah seorang perempuan tinggal di tepi kawasan hutan. Dia ada anak kecil, nama anaknya RANDANG.
Pada suatu hari dia ternampak anak kera kelaparan, maka dia susui anak kera itu sampai kenyang, akibatnya anaknya sendiri, si Randang, kelaparan sebab air susunya sudah kering.
oh iyakah? saya tidak pernah mendengar cerita itu dari ibu saya. mungkin dia tidak sehebat puan sifu bercerita. tetapi al-hamdullillah susunya tidak pernah kering untuk saya.
Post a comment