UNIKA Sedang Diandam
Mohon maaf kerana proses mengandam UNIKA terkial-kial, mohon kesabaran tuan-tuan dan puan-puan. Ada ciri-ciri UNIKA lama yang belum ada pada UNIKA baru:
(a) Kategori entri - yang ini paling memeningkan jurutera, sampai saat ini belum berjumpa penyelesaiannya.
(b) Chatbox - sedang dicarikan chatbox untuk EE.
(c) Most recent comment
(d) Statistik pengunjung
En. Faisal dan krew juruteranya kini sedang kelam-kabut menjalankan migrasi web rasmi PTS pula.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Sifu, saya ada sambung menulis tentang Formula Hero Jepun.
Tak sabar! Tak sabar!
Bak kata Zamri, sudah menggigil kerana tak dapat bekalan!
Gembira kerana dapat terus berguru dengan Puan.
Sedih kerana web baru sudah tidak menampilkan gambar Puan Sifu. Setiap kali terpandang wajah Puan Sifu, teringat kembali nostalgia semalam.
Salam.
Bukan Unika itu perempuan kerana ramai jejaka yang tergila-gila selalu singgah?
Ingin berkenalan jika mak andam, kalau pak andam saya tak ganggu kerjanya,
Amboi Tuan Rastom dah terlebih baca buku Alang Kelana kah? Di sini tukang andam web pak andam bukan mak andam.
Salam Sifu,
Dari semalam lagi 90%.
Hari ini harap 100%
Hik
Memang betul cakap Sdr Sham,Rasanya Sifu kena letak juga gambar baru ada “feel”..
Salam hormat buat Puan Sifu.
Teringat kata Puan Sifu tempohari. “Betul, tugas mak andam ialah mencantikkan pengantin… tetapi, memberus gigi pengantin, itu tugas mak andam juga kah ?”
Ops, saya lari tajukkah ?
salam
maaf puan kerana lama tidak berkunjung. saya tak sihat (perut saya lapar)!
Sampai hati Pak Andam bikin huruf font kecil lagi warna biru muda..adusss tegangnya urat mataku yang sudah uzur ini…
Assalamualaikum,
Maaf terlalu lama tidak tinggalkan jejak di sini. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri untuk semua. Semuga puasa kita diterima Allah jua.
Puan Sifu,
Saya beli novel sejarah Si Bongkok. Saya akan ulas bila usai membacanya.
Salam Pak Andam Web,
Saya bersetuju dengan pandangan Pak Rastom. Mata saya, yang hanya muda sedikit daripada mata Pak Rastom, juga sakit dengan warna latar dan warna fon yang dipilih. Sekarang sudah tidak boleh berlama-lama di sini menimba ilmu.
Siti Hajar
Lamanya mengandam. Nanti pengantin perempuan jemu pula menunggunya.
Salam,
Nampaknya 1 peratus paling lama pernah saya lalui.
Salam Sifu,
Selamat Ramadhan, Saya dah xsabar ni puan, dah lama menunggu, hari2 buka..huhu.
Puanku Sifu,
Memang payah migrasi dari Wordpress ke CMS ExpressionEngine kerana dua duanya dunia lain. Banyak kerja kena bermula dari awal tidak semudah mengimpot data dari Wordpress ke Wordpress.
Secara pribadi saya kurang gemar dengan paparan minimal ini sedangkan saiz monitor kita besar. Jika nanti dimasukkan chatbox maka ia akan mengalir panjang kebawah. Ruang yang lebih kiri dan kanan tidak dipergunakan sepenuhnya. Ringkasnya ia lebih bergaya tetapi kurang utilitarian.
Sebaliknya jika mau digunakan yang berbayar, saya cadangkan digunakan Theme Wordpress berbayar seperti Revolution
di mana semua data data Unika dahulu mudah di impot.
Sekadar memberi pandangan.
Assalamualaikum Sifu dan rakan semua,
Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan salam Aidilfitri kepada Sifu.warga PTS dan semua rakan-rakan yang turut serta mengikuti pengajian du UNIKA PTS ini.
Salam Puan dan pengunjung UNIKA,
Selamat Hari Raya. Saya mohon maaf atas salah silap saya pada semua dan kekasaran bahasa.
Salam Puan,
Nak mohon pandangan, Apa pandangan puan tentang genre buku-buku selepas Dr. Sheikh Muszaphar pulang dari ISS (International Space Station)?
Adakah buku-buku selepas ini lebih berasaskan kepada perkembangan sains dan teknologi?
Selepas ini, anak-anak Malaysia akan bercita-cita untuk menjadi Angkasawan. Mereka perlukan buku-buku yang dapat memberi motivasi untuk menjadi angkasawan.
Selepas ini tiada bintang yang tidak mampu dicapai! InsyaAllah.
Hari raya makin tiba. Masih belum siap menghias UNIKA lagi?
Selamat hari raya Puan dan pengunjung UNIKA. Ada masanya tulisan saya lantang tetapi tidak terniat menyakitkan hati sesiapa. Maaf zahir dan batin. Semoga ibadah kita diterimaNya
Oh ya, dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan andai selama saya berada di UNIKA ini menimbulkan pelbagai masalah. Sebagai seorang yang muda dan remaja memang diakui adakalanya sikap nakal itu ada. Sekali lagi saya memohon maaf. Esok saya akan pulang ke kampung halaman. Bertemu ayahanda dan bonda terchenta. Semoga UNIKA terus maju dan kukuh dalam arena penerbitan di MALAYSIA.
Kepada mereka yang memandu atau menunggang motorsikal. Hati-hati di jalan raya.
Post a comment