Tuesday, January 27, 2009

UNIKAPTS Seru Lebih Banyak ADUN dan MP Masuk PKR, DAP ataupun PAS

UNIKAPTS menyokong Pakatan Rakyat (PR) kerana PR sudah berjanji akan memansuhkan PPSMI.

Sebagai bukti, di Selangor, 2 buah universiti milik kerajaan negeri, iaitu Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sudah kembali menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, atas arahan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dengan ini UNIKAPTS menggesa lebih ramai ADUN dan MP BN melompat masuk PR sekarang. Ikut kebijaksanaan ADUN Bota.

Kalau mereka terus dalam BN, belum tentu pada PRU-13 akan datang mereka dipilih semula sebagai calon.

Seandainya dipilih semula sebagai calon sekalipun, belum tentu menang.

Calon BN mungkin ada yang menang, namun BN belum tentu menang dengan mendapat jumlah kerusi yang cukup bagi menubuhkan kerajaan. 

Semua analisis empirikal menunjukkan kerajaan BN akan kalah dalam PRU-13 akan datang. Jadi, masuklah PR sekarang!

Lebih ramai ADUN dan MP BN masuk PR, lebih cepat PR mengambil alih kerajaan pusat. Lebih cepat PPSMI dimansuhkan. 

Sangatlah banyak jawatan kosong menanti.

Ayuh! Cepat masuk PKR, DAP ataupun PAS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pemuda UMNO Pengkhianat kepada Pendidikan Melayu Previous entry: GAPENA Tidak Ikut
Fable Fox  on  01/28  at  08:53 AM

Pertama sekali saya ingin memohon maaf, tetapi merujuk:

“Dengan ini UNIKAPTS menggesa lebih ramai ADUN dan MP BN melompat masuk PR sekarang. Ikut kebijaksanaan ADUN Bota.

Kalau mereka terus dalam BN, belum tentu pada PRU-13 akan datang mereka dipilih semula sebagai calon.

Seandainya dipilih semula sebagai calon sekalipun, belum tentu menang.

Calon BN mungkin ada yang menang, namun BN belum tentu menang dengan mendapat jumlah kerusi yang cukup bagi menubuhkan kerajaan.

Semua analisis empirikal menunjukkan kerajaan BN akan kalah dalam PRU-13 akan datang. Jadi, masuklah PR sekarang!”

Mahu mereka masuk kerana memperjuangkan bangsa, atau mahu mereka masuk agar kekal menang / mengekalkan posisi?

Entahlah politik sekarang…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: