Wednesday, May 26, 2010

Unit Komik-M akan Dinaikkan Statusnya Menjadi Syarikat Sendirian Berhad pada 2011

Tuan Fauzul Naim Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS, memberitahu bahawa pada tahun 2011 Unit Komik-M akan dinaikkan tarafnya menjadi anak syarikat sendirian berhad. Pada masa ini unit Komik-M adalah sebahagian daripada PTS Millenia Sdn. Bhd.

Ahli Lembaga Pengarah PTS sudah bersetuju dengan cadangan itu atas dasar jualan siri Komik-M sudah membolehkan unit itu membayar gaji para pegawainya sendiri apabila ia dijadikan anak syarikat.

Cetakan pertama setiap judul Komik-M adalah 8 ribu naskhah. Sewaktu mula-mula diterbitkan, cetakan pertama Komik-M adalah 3 ribu, naik kepada 5 ribu, dan sekarang 8 ribu.

Ketua unit Komik-M, Tuan Wan Zuhairi, memberitahu bahawa judul-judul Komik-M yang mula dihasilkan mulai tahun 2009 semuanya dirancang supaya dapat dianimasikan dengan mudah apabila PTS sudah bersedia memasuki sektor animasi.

Beliau menggalakkan supaya pelukis-pelukis komik yang mahu bernaung di bawah label PTS datang dahulu berjumpa beliau dan berbincang sebelum mula melukiskan karyanya. Tulis  emel di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Uniform Korporat PTS yang Baru Previous entry: Penerbit Buku dan Restoran Piza

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.