Monday, December 20, 2010

Unsur Enchantment Wajib Ada di Dalam Buku Kanak-Kanak Prasekolah

Perhatikan mata kanak-kanak lelaki di dalam foto di atas. Itulah tanda kanak-kanak itu mengalami fenomena enchanment terhadap lukisan yang dilihatnya.

Kanak-kanak perempuan suka memegang buku, tetapi tidak begitu halnya dengan kanak-kanak lelaki yang lebih suka memegang bola, robot transformer dan PSP.

Ibu bapa mempunyai kesukaran apabila mahu mendorong anak-anak lelaki mereka supaya suka memegang buku. Salah satu faktor itu adalah mutu lukisan yang digunakan dalam buku kanak-kanak di negara kita ini masih rendah, khususnya lukisan-lukisan itu tidak mempunyai unsur enchanment.

Faktor enchanment sangat mustahak ada dalam lukisan yang digunakan dalam buku kanak-kanak. Hanya dengan wujudnya faktor enchanment itu barulah kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak lelaki, suka bermain-main dengan buku.

Foto di atas itu menunjukkan seorang datuk sedang menggunakan buku siri Big Book terbitan PTS, karya bersama Puan Alia Nina dan Puan Emila Yusof, bagi merangsang minat cucu lelakinya supaya menyukai buku dan mahu belajar membaca.

Kanak-kanak perempuan tidak perlu didorong-dorong supaya suka memegang buku-buku yang cantik, sebagaimana mereka tidak perlu didorong supaya mahu memegang patung barbie.

Foto di kanan menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan memeluk erat-erat buku Big Book seolah-olah tidak akan mahu melepaskannya lagi.

Banyak faktor yang menyebabkan kualiti lukisan buku kanak-kanak di negara kita masih sangat rendah, padahal buku-buku itu tidak semestinya dijual pada harga yang rendah.

PTS sedang mengorak langkah memasuki sektor buku kanak-kanak dengan memperkenalkan buku-buku bermutu tinggi pada harga yang lebih rendah.

Siri buku Big Book PTS dijual pada harga 30% lebih murah daripada harga pesaing-pesaingnya.

NOTA: Terima kasih kepada penulis PTS, Cik Azzah Abd. Rahman atas kiriman foto datuk dan cucu di atas. Terima kasih kepada Tn. Saat Sulaiman atas kiriman foto Nur Safa dengan Big Book pilihannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Strategi Menjual Buku kepada Anak-Anak Kelas Menengah dengan Menggunakan Teori Interteks Previous entry: Teknik Surah Yusuf: Senarai Semakan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.