Tuesday, November 23, 2010

Unsur Futuristik dalam Hikayat-Hikayat Melayu

Prof. Madya Dr. Hassan Hayastani (Universiti Malaya) adalah satu-satunya cendekiawan Melayu dalam bidang future studies.

Dalam posting Facebooknya beliau menganjurkan Tri Hikayat yang perlu dibaca: (1) Hikayat Malim Deman (2) Hikayat Gul Bakawali (3) Hikayat Carang Kulina.

Seterusnya beliau menulis:

"Lalu apakah percakapan Penglipur Lara yang diterbitkan dalam Hikayat Malim Deman berkenaan dirinya berkahwin dengan Putri Bongsu yang datang dari ‘kayangan’ yang diwaktu itu kita mentafsirkannya sebagai dongeng atau kisah purbawara; tetapi sekiranya para cendekiawan dan saintis Melayu dapat memindahkan persepsi ke prediksi dengan mengambil hujah-hujah karya sastera tersebut dengan teliti dan melalui proses kajian, pemerhatian, penelitian serta ‘forecast’ barangkali Malaysia telah pun seawal mungkin dapat mencipta roket-roket dan menguruskan angkasalepas.

Hal yang sama seandainya sarjana dan cerdik pandai Melayu dapat menguruskan potensi-potensi ilmu yang ada dengan menangani perbincangan secara lengkap dalam ceritera peminangan Putri Gunung Ledang dalam teks agung Sejarah Melayu, permintaan disediakan 7 dulang hati kuman dan 7 dulang hati nyamuk, barangkali krisis wabak denggi, H1N1 dan lain-lain telah dapat diselesaikan dan menempatkan sains perubatan Malaysia sebagai terbaik. Malah mungkin menunjukkan prediksi yang sama terhadap reformasi kepolitikan dari auktorasi dengan nyamuk dan kuman sebagai lambang korupsi, kronisme dan pecah manah kepada sebuah amalan demokrasi partisipasi.

Ini sama bila matinya pengarang Iris Murdoch pada tahun 1999 maka para saintis neuro kognitif mula memberi perhatian terhadap novel beliau Jackson Dilemma. Dari penelitian demi penelitian akhirnya saintis-saintis neuro ini menemukan apa yang disebut wabak Alzheimer yang menunjukkan bagaimana persepsi Iris Murdoch akahirnya membuktikan prediksi masadepan tertanam di masalepas dan berkeliaran di masakini. Pilihan, strategi menguruskan potensi maka akan menemukannya, inilah yang disebut sebuah projek Future Studies." (Hassan Hayastani, 2010)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mulai 2011 Buku-Buku PTS akan Dipasarkan Melalui Saluran Bukan Kedai Buku Previous entry: Tip Survival Penulis: Ciri-Ciri Novel Fantasi Yang Tidak Laku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/23  at  04:32 PM

Salam,

3 buku yang dicadangkan itu adalah buku rare yang sangat susah dicari dikedai-kedai buku. Mungkin hanya boleh dijumpai di rak-rak usang di perpustakaan kampung. Saya cuma sempat baca 1 sahaja. Malim Deman. Tapi saya lebih suka Hikayat Indraputra.

Kadang-kadang kita terlalu menghukum hasil karya Melayu. Kita puji bertalu-talu bila Tolkien ceritakan dunia khayalannya dalam Lord of the rings. Tetapi bila Puteri Gunung Ledang minta sedulang hati nyamuk, maka kita cuba rasionalkan dengan teori sains paduan dan matematik tambahan. Kemudian kita labelkan karya purba kita ini tahyul dan kurafat. Padahal secara lojiknya, kita tidak akan tafsirkan karya Tolkien atau C.S. Lewis dengan teori sains George Lucas atau Frank Herbert.

Dewasa ini karya media elektronik banyak ciplak teori fantasi barat, Siam, Jepun dan Korea. Pengkarya mungkin takut hendak rujuk teori fantasi dan histori nusantara Indonesia dan malaya, kerana takut dihukum perosak akidah. Namun dalam masa yang sama mereka percaya dengan teori graviti.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.