Untung Rugi Menjadi Penulis, Penerbit dan Penjual Novel Cabul

Menulis novel-novel cabul terbukti boleh membawa keuntungan yang banyak dan segera. Jualan novel-novel cabul sangat rancak sekarang ini. Kedai buku besar dan kecil, terkenal dan tidak terkenal, semuanya sedia menjadi agen jualan novel-novel cabul.
Semua perkara ada baik dan buruknya, ada untung dan ruginya, ada plus dan minusnya.
Risiko paling besar menjadi penulis novel cabul adalah dosa yang berpanjangan. Meskipun kita sudah berhenti menulis, malah sudah bertaubat, namun kesan buruk akibat daripada pembacaan novel-novel itu tetap berjalan terus ke atas mereka yang pernah membacanya.
Meskipun kita menggunakan nama-nama samaran, orang tetap akan tahu juga siapa kita yang berselindung di sebalik nama-nama samaran itu. Nama baik kita rosak sampai bila-bila. Masyarakat tidak akan memaafkan kita.
Risiko menjual novel-novel cabul pun begitu juga. Meskipun sudah berhenti menjualnya, kesan kerosakan daripada jualan novel-novel cabul itu yang lalu tetap berlaku terus. Tidak dapat dihapuskan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Ainon,
Terima kasih untuk kuliah kali ini. Saya membaca link yang diberi pada tampalan di bawah ke novel cabul. Isinya seperti kebanyakan novel cinta popular yang lainnya. Bolehkah Puan jelaskan apakah kreteria perbezaan novel cinta popular/romantik dengan novel cabul ini? saya boleh meneka-neka dan menduga-duga mengikut firasat saya. Cumanya mungkin lebih afdhal jika Puan jelaskan ketegori cabul ini kerana tafsiran saya barangkali kurang tepat. saya agak kurang jelas dengan hal nocel cabul ini hingga mengundang dosa kepada penulisnya. Maaf di atas pertanyaan. Juga terima kasih untuk perkongsian ilmu. Semoga Puan dirahmati Allah selalu hendaknya.
Puan Ainon,
Barangkali antara ciri novel cabul:
1. Ada adegan/babak “dalam kelambu”;
2. Ada adegan/babak “ringan-ringan”;
3. Ada deskripsi memperincikan susuk badan(aurat) watak;
4. Ada dialog lucah ...
bijak sana
hakikat dunia:
1.tipu daya
2.senda gurau
3.main-main
4.sementara
wallahua’lam
bijak sana
Salam Sifu yang budiman lagi dicintai kerana Allah.
Selain bertaubat, orang yang menulis perkara-perkara yang salah dan sesat punya kewajipan untuk membantah dan menjelaskan semula kesalahan-kesalahannya yang lalu.
Seperti kes Imam Abu Hassan al-Asy’ari rahimahullah. Selepas bertaubat dari akidah muktazilah beliau dengan gigih menulis buat membantah kesalaha akidah muktazilah. Maka lahirlah buku-buku seperti al-Ibanah Usul ad-Diyanah, Maqalaat Islamiyin dan beberapa judul lain menjelaskan kebenaran dan membongkar kesalahan akidahnya yang terdahulu.
Wallahuaklam.
Post a comment