Wednesday, August 15, 2007

Usianya Belum 30 Tahun Beliau Sudah Memiliki 20 Buah Judul Harta Intelek

Inilah wajah tampan penulis PTS paling prolifik dan "Top-earner" PTS selama 4 tahun berturut-turut (...selepas ehem! ehem!).

Berdasarkan ranking beliau sebagai pengarang PTS paling top jualannya bagi tahun 2006, PTS memberi bonus dengan membawa beliau ikut serta dalam rombongan delegasi rasmi ke Pesta Buku Jakarta Jun lepas.

Bakal tokoh Motivator Nasional ini seorang yang berjiwa dan bersemangat team-player.

Kita meramalkan suatu hari nanti beliau akan diundang ke Jakarta dan berceramah di sana. Buku all-time best-seller beliau "55 Petua Orang Berjaya" sudah berada di pasaran Jakarta sejak 2006.

Jadi Pak Fadzli perlu berlatih bicara omong Indonesia mulai saat ini, ya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Motivasi
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi Buku Bulan Puasa Previous entry: Bagaimana Buku Dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan
Riduan Khairi  on  08/15  at  11:06 AM

Hmmm. Saya sangat cemburu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/15  at  11:23 AM

Kejayaannya menjadi penyuntik semangat kepada semua penulis bagi menghasilkan karya yang bermutu! Syabas diucapkan!

RK Training  on  08/15  at  01:14 PM

Itu boss kami di RK Training!!! Go, go bro!!!
Thank you puan for the wonderful compliment!

Dari Amin, Afyan dan Razak.

.

Gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Tengku Asmadi  on  08/15  at  03:57 PM

Saya pula tidak termampu ... Syabas kepada Tn. Hj. Fadzli!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/16  at  12:33 AM

Syukur, semoga Allah memberi kesihatan dan kuasa yang lebih besar kepada Tuan Fadzli bagi menghasilkan lebih banyak buku yang bermanfaat kepada orang ramai.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/16  at  12:50 AM

Tahniah kepada Tn. Hj. Fadzli!

Fadzli Yusof  on  08/16  at  04:47 AM

Salam sejahtera untuk semua…

Sekali lagi saya terkedu dengan entri ini. Ada rasa berbesar hati, tetapi takut ujub-takabur jadinya. Ada rasa gembira tetapi takut lupa padaNya.

Terima kasih Puan atas pengiktirafan sebegini. Terima kasih atas ilmu yang tersangat bernilai yang dicurahkan.

Masih banyak yang perlu saya pelajari dari Puan.

Terima kasih kepada semua warga PTS yang bertungkus-lumus bekerja demi agama dan bangsa. Sungguh tinggi estim diri saya apabila menyedari bahawa diri ini menjadi sebahagian daripada entiti yang bervisi ini.

Dengan rendah diri, saya panjangkan penghargaan buat teman-teman; Amin, Afyan, Razak dan lain-lain yang turut berkongsi idealisme murni bersama.

Saya doakan agar saudara semua berjaya melakukan yang lebih baik daripada apa yang telah saya lakukan ini.Terima kasih juga atas sokongan dan doa saudara-saudari semua di sini. Saya pun banyak belajar daripada kalian semua!

[Saya kena banyak menuntut ilmu daripada Dr Tengku Asmadi! Apa pengerasnya? Pulut kuning atau Nasi Dagang Gulai Ikang? grin]

Indonesia? Mbakyu, saya akan berlatih berbicara dalam gaya dan Bahasa Indonesia. Bisa aja!

Salam kecemerlangan!
http://www.FadzliYusof.com

Alang Kelana  on  08/17  at  05:57 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah Tuan Fadzli Yusof, tahniah.

Semoga Tuan sanggup menerima obor bagi mengetuai perjuangan memandaikan bangsa yang telah dimulai oleh Puan SifuPTS ini.

Saya sudah menghampiri umur setengah abad, tetapi “biar lambat daripada tidak buat langsung”... smile

Fadzli Yusof  on  08/20  at  05:12 PM

Terima kasih Tuan Alang Kelana!

Teringat pula untuk memberikan dedikasi khusus buat isteri tercinta, Nik Nur Zakuan, yang memberikan sokongan yang sungguh bermakna. Bukan senang untuk ‘bermadu’ dengan laptop dan buku-buku. Terima kasih atas kesabaran dan persefahaman yang diberikan. Moga ia juga akan dibalas dengan ganjaran dari Tuhan yang Sangat Pengasih! smile

Semakin hari, semakin sayang
Rumahku, Syurgaku (Pejabatku) grin

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.