Ustaz Tidak Minat
Menurut Tuan Faris Hasbullah, Pengurus PTS ISLAMIKA yang menerbitkan buku ini, beliau beberapa kali cuba meyakinkan golongan ustaz supaya membaca buku ini, tetapi semuanya tidak berminat, walaupun diterangkan bahawa buku ini adalah buku panduan haji bestseller.
Mereka cuma memegang jangan tidak, sebab buku itu sudah diunjukkan oleh Tuan Faris. Ada yang cuma menyelak-nyelak, namun membaca sekejap pun tidak mahu.
Ada yang tidak mahu memegang langsung, apatah lagi membuka buku ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam…
Sememangnya memang sukar untuk meyakinkan kepada pelanggan itu untuk sesuatu produk yang bagus. Bagi golongan mainstream agama pasti tidak akan membelek-belek atau membaca langsung buku ini kerana mereka silap sebenarnya.
Saya sering menghulurkan kepada pelanggan ataupun sahabat taulan serta saudara untuk cuba membaca buku ini, dan nyata setelah membaca serba sedikit mereka terus jatuh cinta dengan isi kandungan buku ini.
Ianya kerana menurut mereka, bacaan yang ringkas, umum, tepat, mudah, ringan serta tidak terlalu memeningkan untuk dihayati dan yang penting mudah tersentuh hati apabila membacanya.
Sebenarnya, golongan yang umum ini lebih suka membaca bahan bacaan yang dekat di jiwa mereka berbanding dengan golongan mainstream yang suka menyusahkan jiwa mereka sendiri dengan mencari bacaan yang susah dan kurang difahami dan akhirnya naskah yang diperolehi diletakkan ketepi.
Assalammualaikum w.b.t,
Saya sudah membeli buku ini. Bila membacanya hilang segala sangsi dan ragu tentang keupayaan sendiri untuk menempuhi ujian di Tanah Suci. Sekarang barulah saya tahu kenapa ibu saya sentiasa teringat hendak buat Haji dan Umrah berkali-kali.
Sebuah buku ‘motivasi dakwah’ yang segar dan jujur untuk ‘orang biasa’ mencari keredhaannya.
Assalamualaikum.
Doa saya buat Sifu, keluarga dan kerabat Pts. Saya baru selesai membaca buku Berfikir Secara Logik dan Kritis (buku yang saya beli buat memujuk hati selepas dibeduk Sifu semasa pesta buku baru-baru ini).
Satu bab menarik ; Paradigma. Kes ‘ustaz-ustaz’ (sebahagian sahaja) ini ada kaitan dengan rasa terancam. Mereka tidak boleh buat, jadi mereka nafikan sesuatu yang orang lain buat. Mereka ingin mengekalkan status quo. Bahawa ilmu agama dan agama itu bersifat eksklusif untuk ‘mereka’ sahaja.
Betulkan jika saya silap.
Salam,
Biasanya bila seseorang pergi ke kedai, dia sudah ada rancangan apa yang ingin di beli. Benda yang tidak dirancang untuk di beli biasanya kurang dipandang.
Seorang jurutera yang mencari kupasan terbaru teori teknikal pasti kurang berminat membaca buku sains paduan darjah 5. Seorang ahli bahasa yang mencari karya terbaru sastrawan negara pasti pandang gitu-gitu pada buku cerita kanak-kanak. Begitu juga untuk seorang ustaz yang sedang mencari karya terbaru Said Hawa, bila dihulur ‘buku cerita’ berselit tip-tip berbuat haji.
Saya tidak rasa sikap kurang minat mereka ada apa-apa kaitan dengan rasa terancam atau dengki atau sebagainya. Its just a matter of preference and prioritization.
Rasa sungguh tidak enak bersangka buruk golongan bijak pandai agama. (macam mana kenal mereka ustaz? Di beri kad nama?)
Assalamualaikum wbt.
Dulu saya ingat buku ni hanyalah buku panduan haji yang berlambak-lambak di pasaran. Rupanya ianya buku inspirasi motivasi. Penulisnya berjaya membawa saya ke mood sedih, gembira dan tak sabar rasanya nak kumpul duit ke Mekah. Hehehehe….
Salam..
Apabila seseorang itu kerap dan memang sehariannya bekerja bersua dengan orang ramai pasti akan tahu dan serba sedikit akan dapat mengagak seseorang itu dari kalangan yang mana dan adalah tidak logik jika seseorang itu yang kenal jurutera itu memberi naskah buku kanak-kanak atau pun peminat sastera dihulurkan naskah komik kepadanya.
Atas dasar itu sememangnya perkenalan dengan pelanggan dan mengetahui latarbelakangnya adalah amat penting bagi menghulurkan naskah yang benar-benar kena dengan pelanggan itu.
Namun atas perkara ini, adalah kelaziman untuk menghulurkan naskah yang sesuai untuk pelanggan. Ramai yang tidak mengerti isi kandungan “ravelog Haji” ini di mana mereka yang berkaitan menolak mentah-mentah tentang buku ini. Pada mereka jika hendak menunaikan haji, perlu mencari buku dan kitab-kitab agama yang “detail” sebelum pergi ke Tanah Suci. Mereka rasa mereka perlu menghafal setiap doa dan pelbagainya dalam bahasa Arab kerana pada fikiran mereka berdoa dengan bahasa Arab lebih Afdal dan lebih banyak dapat pahala(pada fikiran mereka).
Walahal, Islam itu mudah dan tidak perlu dipersusahkan. Jika membaca buku ini, pasti hati akan terbuka untuk pergi menunaikan Haji. Apa yang penting adalah niat dan keikhlasan hati untuk menunaikannya. Tidak perlu menghafal doa hanya untuk mendapat markah lebih yang penting niat yang ikhlas.
Allah Maha Mengetahui dan Memahami, apa pun bahasa yang digunakan semua diterima yang penting niat yang tulus ikhlas.
Salam,
Betul betul. Benar bagai dikata. Hanya jauhari mengenal manikam.
Buku travelog best. Laksana permata. Saya sudah beli 2 buah. Satu untuk diberi sebagai hadiah kepada teman yang bercadang untuk menunaikan haji, satu lagi untuk koleksi keluarga. Cadangan saya mahu beli lebih banyak lagi buat diberi sebagai cenderahati di pejabat.
Ustaz2 pun best. Dalam hadith diumpamakan bagai bintang di langit. Zaman dulu bintang di langit menjadi panduan pengembara. Pengiktirafan dari Rasulullah. Tidak rugi bergaul dengan mereka. Cuma harus pandai membezakan di antara ‘guru’ dan ‘pendidik’ (bahasa arabnya kalu tak silap, syariful taklim, dan syariful mursyid’.. lebih kuranglah). Expectation thus has to be alligned accordingly.
Pahala agak relatif sikapnya. Kita cuma tahu keputusan di akhirat nanti.
Agama tidak wajib dipersusahkan, namun tidak boleh dipermudahkan. Kita harus berlaku adil pada ibadat yang kita lakukan.
wassalam
Salam,
Saya teruja membaca buku ini walaupun pada awal agak skeptik.
Tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal, tau pulak rindu-rinduan .. gitulah ibaratnya.
Bagi saya, mendapat bahan bacaan yang diolah dalam bahasa yang mudah dan ringkas, penerangan yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan harian saya seperti Travelog Haji lebih memberi makna.
Saya tidak percaya buku boleh mengubah saya, tapi Travelog Haji sedikit sebanyak mengubah pandangan saya mengenai perkara itu.
Biarlah mereka yang tidak mahu melihatnya sentiasa merasa senang berbuat demikian kerana hanya jauhari yang mengenal manikam (walaupun Johari tak sebulu dengan Maniam! ;p).
Tahniah PTS + Pn. Ainon + Prof Kamil.
Wassalam
Pada pandangan saya apabila golongan ustaz melihat buku ini dengan tajuk HAJI, 1st impression ini buku berkenaan haji/cara2 menunaikan haji. Sebagai ustaz memang buku itu tidak menarik, sebab haji ini adalah perkara yang mereka sudah belajar berulang kali. Bahkan daripada sekolah menengah lagi.
Post a comment