Ustaz Tulis Buku
Seorang pensyarah fakulti Islam menulis buku "Halal Haram Kewangan Islam". Katanya, tujuan dia menulis itu adalah supaya pembacanya tahu apa yang halal dan apa yang haram dalam kewangan Islam.
Maka editornya memberitahu bahawa adalah dasar editorial PTS bahawa buku-buku yang ditargetkan bagi bacaan orang awam (bukan ustaz), maka teks Arab tidak diperlukan, cukuplah dengan terjemahannya sahaja.
Si ustaz berkeras mahu supaya dalam buku beliau teks Arabnya mesti dikekalkan. Tujuannya, si ustaz itu mahu mempertahankan ilmunya, yakni supaya ustaz-ustaz lain yang membaca bukunya yakin bahawa ilmu si ustaz itu tinggi, tidak perlu diragui.
Misi PTS adalah memandaikan bangsa, yakni buku-buku PTS adalah bagi bacaan orang biasa-biasa yang tidak tahu membaca tulisan Arab.
PTS tidak menerbitkan buku-buku berkenaan Islam bagi membantu ustaz-ustaz mempertahankan ilmu mereka di depan mata ustaz-ustaz lain.
Tetapi si ustaz itu berkeras mahu bukunya terbit bagi mempertahankan ilmunya.
Hmmm....
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

“Ayo yoo…” (sambil tapak tangan menepuk dahi yang luas terbentang indah)
——-
Ada juga ustaz yang begini…
Hmm…... entahlah….... dia hendak memandaikan bangsa atau memandaikan diri atau memandaikan ustaz lain yang memang dah pandai? Hmmm…..
(Ya Puan Ainon, saya tahu max titik cuma 3
)
dah (SALAH) = sudah (BETUL)
Puan,
Buku Tuan Guru Hj Hadi yang disasarkan kepada orang awam seperti buku ‘Islam & Demokrasi’ tidak diletakkan teks Arab. Kami menerangkan kepada beliau rasionalnya dan beliau sangat bersetuju. Wallahu’alam.
Dia (Ya, saya gunakan dia dan bukannya beliau)agaknya menggunakan logik orang baru berniaga. Pakai kereta hebat supaya orang lain ingat bisnesnya maju dan kencang..
Salam sejahtera,
Isu ini sangat menarik perhatian saya.
Bagaimana hasil kesudahan pertarungan antara penulis dan editor?
Saya fikir penerbit mempunyai hak yang lebih dan agak malang jika penulis tidak dapat melihat rasional yang telah dikemukakan.
Salam semua.
Sifu menulis perkara ini bagi menerangkan dasar penulisan di PTS serta cabaran yang dihadapi dalam memperjuangkan dasar itu.
Bukan sebagai ruang bagi kita menyindir ustaz itu. Siapa pun tidak bisa disalahkan atas hal seperti ini.
Cuma, “Sedangkan lidah lagi tergigit.”
Jangan melantik diri sendiri menjadi jurucakap orang lain. Sifu bukan sindir. Malah ketuk!
Haha,
Malunya saya.
Dengan saya sekali kena ketuk.
Memang saya ketuk saudara juga! Keletuk! Keletuk! Rasakan!! Pandai-pandai jadi jurucakap Sifu!
Post a comment