Thursday, September 11, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Penerbit Buku-buku Agama dan Pencurian Hakcipta Buku Agama

Di negara ini penerbit buku-buku agama adalah jauh lebih aktif, kaya dan besar dibandingkan dengan penerbit buku-buku umum. Mereka juga paling aktif menerbitkan buku-buku yang di dalamnya terkandung bahan-bahan harta intelek curian.

Buku-buku agama yang ditulis oleh ustaz-ustaz tempatan mempunyai dua ciri yang ketara. Pertama buku-buku itu kecil-kecil, isinya berkenaan topik-topik konvensional dalam agama, seperti panduan-panduan beribadat dan cerita-cerita sirah. Kedua, gaya bahasanya ketinggalan zaman, gaya bahasa klasik, berbelit-belit, banyak mengandungi pengaruh bahasa Arab DAN terdapat kosa kata INDONESIA! Tetapi nama pengarangnya nama orang Melayu Malaysia.

Penulis-penulis buku agama di Malaysia mempunyai beberapa ciri yang unik bagi masyarkat penulis:

(i) Penulis buku-buku agama Malaysia adalah suatu komuniti yang aktif mencuri hakcipta buku-buku lain. Bukan semua ustaz mencuri hakcipta, tetapi nisbah pencuri di kalangan mereka amat tinggi.

(ii) Sesetengah buku agama itu tidak mencetak nama pengarangnya. Jikalau buku itu sesungguhnya karya asli, si pengarang tentu mahu supaya namanya dicetak pada kulit buku-bukunya. Kesanggupan mengizinkan penerbit tidak mencetak nama pengarang adalah unik di kalangan komuniti penulis buku agama.

(iii) Sesetengah buku agama menyebutkan bahawa nama penulis itu adalah sebagai 'penyusun'. Dari mana dia mengumpulkan bahan-bahan yang disusun menjadi bukunya itu tidak pula dinyatakan.

(iv) Penulis buku agama adalah kelompok paling banyak menjual hakcipta kepada penerbit. Ada ustaz pergi berjumpa penerbit dengan membawa 4 atau 5 manuskrip buku agama dengan tujuan menjual hakcipta mereka kepada penerbit itu.

(v) Ustaz-ustaz adalah golongan penulis yang paling banyak menjadi mangsa ditipu penerbit, hanya sahaja mereka tidak bising-bising dengan menulis dalam media ataupun melaporkannya dalam seminar-seminar.

Dari segi psikologi, seseorang yang sangat tinggi dorongannya hendak menjual harta iteleknya adalah disebabkan dia tidak meletakkan nilai yang tinggi ke ata hartanyaitu. Barangkali penulis-penulis buku agama sanggup dengan mudah hendak menjualkan manuskrip mereka disebabkan manuskrip itu bukan sebenar-benarnya sesuatu yang dihasilkan dengan penat lelah yang lazimnya dilalui oleh penulis-penulis tulen.

Banyak buku-buku agama konvensional tulisan ustaz-ustaz tempatan mengandungi unsur-unsur bahasa Indonesia disebabkan banyak bahagian di dalam buku itu berasal daripada buku-buku hasil karangan ataupun terjemahan yang dilakukan di Indonesia.

Salah satu faktor yang menyebabkan penulis-penulis agama tidak berasa berdosa mencuri harta intelek penulis lain disebabkan mereka yakin bahawa hakcipta buku-buku agama adalah berbeza daripada hakcipta buku-buku bukan agama.

Kita selalu mendengar ustaz-ustaz bercakap dalam ceramah bahawa segala sesuatu dilakukan oleh orang-orang mukmin adalah dengan tujuan semata-mata kerana Allah. Jadi, tidak mengapa jikalau karya-karya orang mukmin itu dianggap sebagai sudah diwaqafkan kepada semua Islam, oleh itu bolehlah dipergunakan oleh orang-orang lain untuk mengaut keuntungan peribadi. Pandangan seperti itu menyalahi undang-undang hakcipta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sifu Terlibat dalam Majlis Persidangan Akhbar Ini: Pejuang Bahasa Cabar Kerajaan Berdebat Previous entry: Nama Samaran
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/12  at  06:08 PM

Kalau mencedok begitu, itu tidak memerlukan seorang menjadi ustaz lebih dahulu. Ataupun memang yang melakukannya bukan ustaz?

Kalau kita tidak boleh hormat hasil kerja manusia yang kita boleh nampak, bagaimana kita nak hargai kerja Tuhan yang kita tidak pernah nampak?
Serupa apabila Nabi menyebutkan orang yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada Tuhan.

Abdullah Aid Qarni dalam sebuah komennya menyebutkan kebanyakan buku (agama) hanyalah bersifat pengulangan (yang tidak perlu) terhadap perkara lama. Membawakan petikan AlQuran dan Hadis, kata beliau, tidak cukup, itu telah dibuat golongan lebih awal.

Yang diperlukan ialah memahami agama itu kemudian memahami keadaan masyarakat. Kemudian membandingkan kedua-duanya.

Bagaimana membawa masyarakat itu kepada agamanya dan membuat penambahbaikkan kepada masyarakat. Juga bagaimana masyarakat boleh menguatkan kedudukan agama itu.

Seorang telah berjumpa Nabi dan bertanya, “Ceritakan saya tentang Islam, yang dengannya saya tak perlu bertanya dengan orang lain lagi.”

Maka Nabi mengatakan “Katakanlah: Aku beriman dengan Allah dan bersikap jujurlah”.

Maka berdasarkan keadaan orang itu pada ketika itu, Nabi Muhammad tidak pun menyebutkan “ikutilah sunnahku”. Sedangkan ketika lain, beliau menyebutkan “gigitlah ia dengan gerahammu (sunnah-sunnah itu)”.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/13  at  12:22 AM

Tuan Arrantuai,

Saya petik kata-kata Tuan: “Bagaimana membawa masyarakat itu kepada agamanya dan membuat penambahbaikkan kepada masyarakat.”

Inilah cabaran kita hari ini. Cabaran inilah yang sejak mula-mula ditubuhkan sampai saat ini cuba dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), namun masing-masing agensi itu telah gagal dengan teruknya.

saiFz  on  09/13  at  03:49 PM

Saya tengok dan jual banyak buku seorang penulis iaitu Abdullah Aid Qarni (buku La Tahzan). Tapi tulisannya diterbitkan oleh banyak “publisher” buku-buku agama. Musykil juga siapa sebenarnya yang dapat “right” untuk terbit semula karya-karya beliau atau sememangnya beliau memang mewakafkan tulisannya kepada semua untuk diterbitkan begitu saja.

SifuPTS  on  09/13  at  09:22 PM

Tuan SaiF,

Berdasarkan maklumat yang kita tahu, buku La Tahzan tidak diwaqafkan. Pengarangnya pun masih hidup, jadi buku itu belum menjadi harta awam.

Rakan kita di Jakarta memberitahu, ada penerbit di sana yang mendapatkan lesen hakcipta, manakala ada penerbit yang merampok buku itu.

Yang di Malaysia ini, wallahua’lam….

saiFz  on  09/14  at  03:43 AM

Aduh. Berapa banyak agaknya buku-buku dalam kedai kami tu mempunyai ciri-ciri buku yang Pn. Sifu nyatakan sebagai “wallahua’lam”. Tapi sebagai pihak ketiga, sukar untuk kita tahu keaslian buku itu kan sampaikan kena jejak hingga ke Indonesia dan negara Arab mungkin.

Justeru bila sudah ada ISBN dan ianya diterbitkan pula oleh penerbit-penerbit tersohor sebagai penerbit-penerbit buku agama ianya kelihatan seperti benar-benar sah.

Entah-entah kalau tiada penerbit-penerbit ini, mungkinkah buku-buku agama seperti itu akan tiada langsung di pasaran.

Bingung gue.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.