Sunday, July 08, 2007

Variasi Time-travel

Ada pelbagai jenis time-travel. Berikut adalah variasi yang dikemukakan oleh Orson Scott Card:

1. Apabila kita pergi ke masa lalu, dengan mengambil contoh karya Asimov "The End of Eternity", kita dapat melakukan semua jenis perubahan pada masa lalu itu, manakala kita sendiri tidak berubah.

2. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita dapat melakukan perubahan yang merosakkan masyarakat, oleh itu cara time-travel jenis ini adalah rahsia besar, tidak boleh diketahui oleh orang yang berniat jahat. Jadi hanya orang baik-baik sahaja yang mengetahui rahsia ini, supaya dia hanya melakukan perkara-perkara baik sahaja.

3. Apabila kita pergi ke masa lalu, perubahan yang kita lakukan itu tidak mengubah sejarah sebagaimana yang sudah berlaku. Sebagai contoh, kalau kita boleh balik ke zaman Hang Tuah dan menyelematkan Hang Jebat daripada mati akibat lukanya, empayar Melaka tetap jatuh diserang Portugis.

4. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita cuma dapat melakukan perubahan yang tidak meninggalkan kesan kekal, sebab jika perubahan itu kekal, nasib masa depan kita sendiri akan menerima padahnya.

5. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita tidak dapat melakukan apa-apa, kita cuma dapat menonton sahaja apa yang berlaku.

6. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita masuk ke dalam minda orang yang hidup dalam zaman itu, manakala orang itu sendiri tidak menyedarinya, jadi kita dapat melihat dunia lalu itu dari sudut pandang orang itu. Umpamanya, kita masuk ke dalam minda Hang Tuah, dan dengan itu kita dapat melihat Melaka dengan menggunakan sudut pandang Hang Tuah.

7. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita masuk ke dalam minda kita sendiri semasa kita masih kecil. Kita cuma dapat menonton, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

8. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita cuma dapat menonton sahaja, serupa denan orang menonton filem. Macam menonton filem, kita pun tidak yakin apakah yang kita tonton itu benar ataupun tidak. Mungkin setiap kali kita pergi ke masa lalu, apa yang kita tonton tidak serupa lagi.

9. Apabila kita pergi ke masa lalu, tubuh kita berada dalam pesawat waktu, tetapi ada semacam tubuh lain yang disediakan bagi masa lalu itu, jadi otak sedar kita berada dalam tubuh palsu itu sampailah tubuh itu mati ataupun lenyap, dan pada masa itukita pula keluar dari pesawat itu.

Setiap jenis variasi pengembaraan waktu di atas membuka pelbagai kemungkinan cerita yang dikaitkan dengan jenisnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dialog dan Monolog dalam Surah Yusuf Previous entry: Khidmat Masyarakat: Kerja di Dubai

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: