Monday, June 18, 2007

Wahai Para Editor, Baca Surat Penulis Ini

Puan Sifu yang dihormati,

Saya sebenarnya tengah bersedih kerana mendapat emel ancaman dari editor sebuah syarikat penerbitan (nama penerbit dirahsiakan - Sifu) yang mengemel saya menggunakan 'HURUF-HURUF BESAR' - dia menjerit-jerit.

Dia kata, kalau saya tidak sabar menunggu, hantar sahaja manuskrip saya ke penerbit lain. Sedangkan kawan saya yang bertanya tentang manuskrip tersebut, bukannya saya. Saya jadi mangsa keadaan.

Saya rasa malu teramat diperlakukan sebegitu. Adakah penulis tiada hak mengetahui nasib manuskrip yang dihantar ke syarikat penerbitan?

Katakan jika penulis baru jangka hayat manuskrip untuk diterbitkan adalah 2 tahun beritahu begitu secara bertulis, setelah manuskrip layak untuk diterbitkan. Bukankah begitu lebih mudah tanpa 'menjerit' dan menghantar emel yang sebegitu.

Itulah sahaja luahan pankreas saya.

Saya kagum dengan puan, puan ada ramai mantee tapi tetap mengekalkan tahap profesional yang tinggi bila berurusan.

Salam hormat.
KMS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cadangan KP DBP: Sudah Benci, Bertambah Benci Previous entry: Industri Sorok-sorok: Cina Sorok, Melayu Sorok, Mamak Sorok
Saifuddin  on  06/18  at  12:10 PM

Orang kita memang suka marah-marah. Cuma kita sahaja yang tidak suka marah kerana marah menggerakkan 62 otot muka tetapi senyum menggerakkan 52 otot muka. (Minta betulkan kalau saya salah.)

Buang masa sahaja kalau kita marah.
——-

MBA  on  06/18  at  12:17 PM

Bos yang baikpun selalu mendapat nama buruk kerana setiausahanya.

p.s saya juga nak hantar e-mel kepada puan! (sabar… sabar… sabar…).

baikpun (SALAH) = baik pun (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/18  at  12:41 PM

Kepada saudara KMS, diharap saudara bersabar. Sampai masanya nanti orang-orang itu merayu-rayu saudara menghantar karya kepada mereka. Tunggukan harinya!

panaharjuna  on  06/18  at  05:50 PM

Di PTS terbalik pula, bukan penulis yang tanya editor pasal karyanya sudah siap terbit atau belum, editor yang tanya penulis pasal karyanya yang tidak sampai-sampai ke meja editor lagi. Hai, ajaib… ajaib…

Seganlah saya hendak lalu depan jejantas MR2 itu!

pasal (SALAH) = fasal (BETUL)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: