Wakil PTS ke Bangkok
Pagi ini PTS menghantar 2 orang pegawai tingginya, En. Arief Rahmad (Presiden PTS) dan En Nazrul Samsudin (Pengurus PTS Pro merangkap pegawai undang-undang PTS), ke Bangkok, bagi mengadakan perbincangan pelesenan hakcipta dengan Tuttle Mori.
Cawangan Tuttle Mori (Bangkok) adalah agen foreign rights terbesar di Asia bagi buku kanak-kanak.
Nota: Kota Bangkok adalah hub foreign rights bagi rantau ASEAN. Justeru penerbit Malaysia yang berminat mengekspot lesen buku-bukunya ke pasaran global sebaiknya melalui Bangkok.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bagi yang bertanya, “Mengapa PTS ada 2 jawatan, ada PRESIDEN dan ada CEO?” maka inilah perbezaan tugas dan tanggungjawab antara 2 pegawai tinggi itu.
CEO bertanggungjawab memastikan operasi harian PTS berjalan lancar. Jawatan ini memerlukan bakat pengurusan yang tinggi. @ soalan mesti dijawab oleh CEO: Berapa buku terbit bulan ini? Berapa buku laku dijual bulan ini?
PRESIDEN bertanggungjawab membuka peluang-peluang pelaburan baru PTS. Jawatan ini memerlukan bakat keusahawanan yang tinggi. 1 soalan mesti dijawab oleh PRESIDEN? Apa pelaburan baru PTS tahun depan?
——-
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
(1) CEO perlu kepada orang yang berorientasikan operasi, yakni taktikal;
(2) Manakala Presiden mesti dari kalangan berorientasikan ke sudut visi dan misi, yakni stretegik.
Begitukah, Sifu?
Sheikh,
Tepat! Tepat!
Apa pula tanggungjawab CHAIRMAN syarikat? Cuba jawab!
syabas dengan perancangan masa depan PTS.
rasa bangga bila ada penerbit buku bumiputra yang berjaya menembusi pasaran dalam dan luar negara.
semoga PTS ibarat pohon rimbun tempat penulis berhimpun.daunnya tempat berteduh. akarnya tempat berehat. buahnya lazat dan berkhasiat.
Tuan Latip,
Berdoa banyak minta novel2 sejarah Islami tuan itu dapat kita ekspot ke Indonesia, dan diterjemahkan ke dalam bahasa2 yang banyak penutur Islamnya seperti Arab, Cina, Tamil, Urdhu, Hindi dan lain-lain!
Lobal atau global?
Puan Sifu,
“Apa pula tanggungjawab CHAIRMAN syarikat?”
Tanggungjawab CHAIRMAN syarikat ialah menjaga supaya Presiden dan CEO dapat menjalankan tugas yang sebaik mungkin… (kerana yang inilah yang paling susah….kalau tidak faham teknik dan caranya…)
Sheikh,
Wal mula pertama mula…. di PTS, Chairmannya bertanggungjawab mengawasi dasar-dasar perniagaan PTS dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh semua petugas syarikat.
Sebab…. para penulis PTS menulis untuk PTS kerana mereka menyokong perjuangan dan idealisme yang menjadi asas pada dasar-dasar perniagaan PTS!
Apabila penulis tidak lagi dapat menyokong dasar-dasar perniagaan PTS, mereka akan pindah ke penerbit lain, ataupun kalau tidak ada penerbit yang lebih baik, mereka akan switch-off komputer masing-masing.
Awal mula, pertama mula…
Salam Takzim… tumpang mengAminkan. Semoga terus berjaya. Bagus amat doa PakLatip itu. Moga terlaksana…!
“Berdoa banyak minta novel2 sejarah Islami tuan itu dapat kita ekspot ke Indonesia, dan diterjemahkan ke dalam bahasa2 yang banyak penutur Islamnya seperti Arab, Cina, Tamil, Urdhu, Hindi dan lain-lain!”
MasyaAllah, begitu hebatnya perancangan PTS. Usaha yang bersungguh itu pasti berjaya. Insya-Allah.
Tuan Latip,
Pelaburan yang ditanggung oleh bagi mencari peluang mengekspot lesen karya kita ke luar negara adalah besar. Kos menghantar pegawai2 kita ke negara2 itu adalah paling mahal. Kalau tidak dihantar, kita tidak dapat hendak berunding secara yang serius dengan rakan niaga di sebelah sana.
Disember depan, PTS menghantar 6 orang pegawai ke Jakarta Book Fair. Mereka terdiri daripada pegawai2 PTS One, PTS Pro, PTS Millenia dan PTS Islamika. Ketua delegasi PTS adalah Puan Norhazizam, pengurus PTS One.
Misi mereka adalah mencari peluang mengekspot lebih banyak judul2 PTS ke Indonesia dan sebaliknya.
Misi seterusnya adalah menghantar 2 orang pegawai tertinggi PTS ke Vietnam pula pada bulan Jan 2007. InsyaAllah.
Buku Chicken soup for the soul pernah di tolak oleh 33 penerbit. tetapi selepas itu buku itu berjaya di jual jutaan naskah ke seluruh dunia.
Apakah pengajaran penting yang boleh kita perolehi dari situasi di atas.
Alhamdulilah. Patutlah YM Arief dan Nazrul tak menyala. Moga mereka beroleh kejayaan cemerlang!
Wakil PTS sudah selamat pulang dan telah dapat info dari Presiden Arief. Gambaran ringkas: Thailand telah lama dijadikan hub perlesenan hak cipta.
Jangan terkejut bahawa industri penerbitan kita 10 tahun di belakang Thailand dan Indonesia.
Apa yang perlu kita lakukan?
Itulah untungnya jika satu-satu industri / perkara itu tidak ada campur tangan politik. Itulah untungnya jika mengutamakan bahasa ibunda.
Post a comment