Monday, July 28, 2008

Walaupun Harga Kertas Naik, PTS Cuba Turunkan Harga Buku

Dalam keadaan harga kertas naik, rakan-rakan penerbit lain sedang menimbangkan langkah menaikkan harga buku-buku mereka.

PTS pula sedang mencari jalan bagaimana hendak menurunkan harga buku-bukunya.

Buku-buku PTS yang penting diturunkan harganya adalah buku-buku PTS ONE kerana buku-buku remaja dibeli menggunakan wang saku sekolah. Pelajar sekolah tidak mempunyai pendapatan sendiri, manakala ibu bapa mereka kebanyakanannya makan gaji. 

Dalam keadaan harga minyak dan barang-barang lain sedang naik mendadak, wang lebihan bagi membeli buku semakin berkurang. Jika harga buku juga turut dinaikkan, banyak ibu bapa tidak mampu membelikan buku untuk bacaan tambahan anak-anak mereka. 

PTS akan menggunakan 5 strategi bagi menurunkan harga jualan buku-buku bacaan remaja terbitan PTS ONE:

(i) Mencetak minimum 5 ribu naskhah.

(ii) Menggunakan mesin cetak berteknologi CTP, yang tidak menggunakan filem lagi.

(iii) Mengecilkan saiz buku-buku kreatif supaya dapat menjimatkan kertas.

(iv) Membeli kertas sendiri.

(v) Menambah Tim Sales supaya stok 5 ribu naskhah itu tidak berlonggok lama dalam setor.

Saudara yang berminat bekerja dengan PTS di Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan, tulis emel kepada Tuan Zaharin Zain

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Notis kepada Semua Mentee SifuPTS Previous entry: Surat Pilihan: Nasib Editor Freelance
Shamsuddin Kadir  on  07/29  at  01:03 AM

Alhamdulilah, tahniah di atas setiap usaha yang dilakukan oleh semua wargekerja PTS yang bertungkus lumus bagi memastikan semakin pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dengan menawarkan harga yang lebih murah.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/29  at  02:33 AM

Komen bebas saya mengenai 5 strategi PTS itu.

Item (i) dan (ii): Saya setuju

Item (iii): Adakah ini bermakna jika mengecilkan saiz buku, maka saiz font yang akan digunakan akan lebih kecil?.Saya berharap agar PTS dapat “stardardise” kan saiz buku supaya mudah dan menarik untuk disusun di atas rak.

Item (iv): Membeli kertas sendiri tanpa memiliki mesin cetak sendiri?. Hmmm… saya tidak pasti strategi ini boleh menguntungkan kecuali PTS membeli kertas dengan jumlah yang banyak (beberapa kontena!). Pencetak mungkin menaikkan harga cetak mereka kerana sebelum ini mereka juga mengambil untung dari jualan kertas (paper sales). Jadi strategi ini perlu diteliti kecuali PTS secara details tahu apa yang dilakukan.

Item (v): Tidak pasti. Tetapi pertimbangkan “kuantiti vs kualiti”, termasuklah pengurusan sumber manusia.

Saifuddin Awang.
Pustaka Munirah / Prima MS Ent.
Kemaman.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.