Tuesday, March 06, 2007

WBSB lawan DBP: PTS Menawarkan Diri Menjadi Orang Tengah

Bagi orang bisnes, semua masalah bisnes hendaklah diselesaikan melalui jalan perundingan bisnes, bukan jalan perbicaraan mahkamah.

Penyelesaian cara bisnes lebih murah, lebih cepat, lebih win-win, lebih menjaga maruah, lebih berpanjangan manfaatnya.

Penyelesaian cara mahkamah hanya menguntungkan syarikat peguam, merosakkan hubungan baik, menjatuhkan maruah pihak yang kalah, dan tidak menaikkan maruah pihak yang menang.

Kita pergi ke mahkamah hanya apabila semua proses bisnes sudah diusahakan, tetapi masih gagal. Mahkamah adalah pilihan terakhir.

Dalam kes SN DASS dan DBP ini, proses berunding pun belum sempat dicuba, sudah mahu ke mahkamah. Ini tidak betul!

Pegawai kerajaan, (mahap cakaplah), termasuk pucuk-pucuk pimpinan dan pegawai-pegawai kanannya, adalah terdiri daripada individu-individu yang amat pandai bermesyuarat tetapi tidak pandai berunding.

Sememangnya pun, pegawai-pegawai kerajaan banyak menghadiri kursus-kursus cara menjalankan mesyuarat, tetapi sampai pencen mereka tidak diberi latihan bagaimana menjalankan sesi perundingan.

Ada perkara perlu dibawa ke bilik mesyuarat. Tetapi banyak perkara perlu dibawa ke meja perundingan sahaja.

Kes SN DASS hanya perlu dibawa ke meja perundingan.

Barangkali kita boleh gunakan strategi diplomasi konflik antarabangsa. Apabila ada 2 negara berkonflik dan hampir berperang, cari negara ketiga sebagai tuan rumah dan juga menjadi pengerusi perundingan mencari penyelesaian diplomatik. (Mengikiut rekod, Malaysia pandai menjadi negara ketiga itu.)

PTS menawarkan diri menjadi 'negara ketiga' bagi mengadakan majlis perundingan antara Wira Bukit Sdn. Bhd. dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. (Serius! PTS sponsor - ini Chairman PTS bercakap nih!)

Di kiri Dato' Dr. Firdaus Abdullah. Di kanan Dato' SN A Samad Said. Di tengah-tengah... perempuan jadi orang tengah (Ini baru betul wanita besi!).

Satu lagi kerusi, kerusi ke-4, diisi oleh pegawai undang-undang PTS yang bakal mencatatkan butir-butir persetujuan.

PTS akan tempah meja makan 4-kerusi di hotel Genting Awana Golf Resort, tempatnya sejuk, jadi semua pihak boleh datang dengan kepala 'cool'....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Huruf 'C' di dalam Bulatan © Previous entry: Jangan Sekali-kali Fikir Begini!
Feroz  on  03/06  at  11:30 PM

Alhamdulillah, Syukur.

Teruskan usaha yang murni ini, wahai Puan Sifu.
——-

Helmy  on  03/06  at  11:59 PM

Salam.

Pembetulan: Ini antara DBP dan Pak Samad.

Puan Ainon Mohd.  on  03/07  at  06:24 AM

Sdr Helmy,

Erm…. WBSB & Pak Samad itu sudah sinonim. Macam PTS dengan (ehem ehem!) pun sudah sinonim. Erm… WBSB & Helmy… ya nggak bisa sinonim, lho!

alang kelana  on  03/07  at  08:43 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Sekiranya ‘terjadi’ mesyuarat perundingan di Genting AGR itu, maka saya ingin mencadangkan agar sebelum bermulanya sesi perundingan, perlu diadakan sesi muqadimmah terlebih dahulu, kalau boleh biar memakan masa setengah hari pun, iaitu: sesi lateral thinking.

Tanamkan dan tekankan dahulu lateral thinking ini - bagi yang sudah tahu, ia jadi sesi ulangkaji; bagi yang belum tahu, sesi pengenalan.

Moga-moga apabila sudah selesai sesi “L.T.”, barulah sesi perundingan dapat dimulakan dan dijalankan secara lebih lancar dan bermanafaat serta insiden-insiden ‘silap/kurang faham’ dapat dikurangkan…

dingin  on  03/07  at  10:29 AM

ada sesi main golf?

Biasanya lelaki lebih mudah berbincang ketika bermain golf

grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  10:44 AM

Assalamu’alaikum,

Tuan Alang,

Munkin ahli mesyuarat juga boleh dingatkan sekiranya mesyuarat tersebut mengaplikasikan budaya Jepun, mereka perlu waspada dengan beberapa istilah yang digunakan dalam budaya Jepun. Ini supaya tidak berlaku salah faham kemudian hari.

Contoh dibawah adalah ehsan tuan MBA-san berdasarkan pengalaman beliau bermesyuarat dengan tuan-tuan Jepun bagi membentangkan kertas kerja projek usahasama PTS-MyJICA, iaitu:

Ya (hait) = Belum tentu Ya lagi

Very Good = Mungkin

Ya tetapi .... = Tak ada harapan

Saya kurang faham = GERENTI kena tolak.

(Harap tuan ALif-san atau tuan MBA-san boleh tambah lagi mana-mana yang kurang.)

Sekiranya mesyuarat nanti menggunakan budaya ‘Jerman’ bolehlah rujuk tuan Tan Sri Dr Kang untuk glossarinya…

wallahu’alam.

Kang  on  03/07  at  11:15 AM

Namaku disebut oleh Faris. Setuju, saya setuju menjadi pengerusi atau moderator (errrkkkk…) jika betul menggunakan budaya dan bahasa Jawa (hehehe…)

Ngentekke beras…

# Terkeluar topik: Tahniah Faris kerana PTS Islamika menghasilkan buku agama yang berkualiti dan ‘meletup’.

# Faris, di hari tersebut kita ke sana jugalah, bukan main golf tapi tengok orang main golf… hehehe..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  11:59 AM

Tan Sri Kang,

Terima kasih, itu hasil kerja semua tim PTS Islamika dan warga PTS keseluruhannya termasuk Chairman PTS yang disegani. Kami masih bertatih… nak kejar seribu langkah. Pandangan, buah fikiran dan komen dari semua kami alu-alukan.

Tan Sri Kang, err… kalau nak ikut main boleh juga, tapi kita main kat tepi padang, saya bawa cangkul dan sabit.. sekurang-kurangnya sejam main bersih juga semak kat tepi tu agaknya..ha.ha..ha.. (teringat cerita orang mati hidup balik)

wallahu’alam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  01:16 PM

Jangan salah faham kalau ada ahli mesyuarat yang angguk kepala sebagai tanda setuju kerana dalam budaya Jepun kalau angguk kepala itu ertinya saya sedang mengikuti apa yang dikatakan dalam mesyuarat dan bukannya tanda setuju!

sinaganaga  on  03/07  at  04:01 PM

>>>Di kiri Dato’ Dr. Firdaus Abdullah. Di kanan Dato’ SN A Samad Said. Di tengah-tengah… perempuan jadi orang tengah (Ini baru betul wanita besi!).

Satu lagi kerusi, kerusi ke-4, diisi oleh pegawai undang-undang PTS yang bakal mencatatkan butir-butir persetujuan. PTS akan tempah meja makan 4-kerusi di hotel Genting Awana Golf Resort, tempatnya sejuk, jadi semua pihak boleh datang dengan kepala ‘cool’….

Errrr…  tidak hendak ajak Ketua Turus Sindiket Sol-Jah sekalikah kak? Uuuu… ‘bakal pelapis’ kena pergi belajar daripada pengalaman otai-otai gak ni weh….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  05:13 PM

Tuan Alif-san:

“Dalam budaya Jepun kalau angguk kepala itu ertinya saya sedang mengikuti apa yang dikatakan dalam mesyuarat, dan bukannya tanda setuju!”

Lepas ini kami perlu lebih berhati-hati apabila berunding dengan pihak Jepun. Nasib baik tuan MBA-san tidak suruh wakil PTS sendiri yang bentang kertas kerja depan tuan-tuan Jepun MyJICA. Pasti wakil PTS balik pejabat dengan terlebih perasan yang tetuan Jepun itu suka…

(Dalam budaya di Malaysia, kalau angguk kepala banyak sangat itu ertinya boleh jadi juga sedang menghayati…  sambil berdengkur…)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: