WEB-TV PTS
Inilah gambar Tuan Hisham Salmin, pengarah web-tv PTS, dan En. Izwan Ibrahim, penolong pengarah, sedang sibuk bertugas dalam studio bagi menghasilkan rakaman program "Penulis dan Buku".
Program ini akan dapat disaksikan dalam portal PTS yang kini sedang dibangunkan.
Para penulis PTS akan diundang bagi rakaman secara bergilir-gilir. Editor saudara akan menghubungi saudara apabila giliran saudara tiba nanti.
Web-tv PTS ini membolehkan bakal pembeli buku-buku PTS mendapat lebih banyak maklumat tentang penulis dan isi kandungan sesebuah buku sebelum membelinya.
Kita juga berharap, web-tv ini dapat meningkatkan lagi kepuasan penulis-penulis PTS dengan perkhidmatan yang diberikan oleh PTS bagi mempromosi buku-buku mereka.
Gambar ini diambil semasa sesi rakaman program dengan Tuan Zamri Mohamed.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bagus bagus…sekarang boleh jadi macam Amazon, ada audio visual pengarang.
Post a comment