Wira-wira Malam PTS
Setiap hari, sepanjang pesta buku berlangsung, bertan-tan buku PTS laku dijual di gerai buku di PWTC.
Apabila petang, petugas di booth PTS akan menyediakan laporan buku-buku yang stoknya habis terjual, ataupun tinggal sedikit sangat.
Malam itu juga senarai buku-buku yang habis itu terus diproses di gudang PTS di ibu pejabat.
Sehingga tengah malam petugas gudang mengisi lori PTS dengan muatan. Foto menunjukkan petugas sedang menaikkan palet-palet buku ke dalam lori.
Besok pagi, subuh-subuh lagi pilot lori PTS dan kru gudang sudah keluar rumah masing-masing menuju ke gudang. Lori yang sarat muatan sudah sedia menunggu mahu bertolak ke PWTC.
Sebelum jam 9 pagi, mereka dalam lori mesti sudah berada di depan pintu loading bay PWTC. Apabila pintu dibuka sahaja, mereka terus mengangkut buku-buku itu ke gerai PTS.
Buku-buku mesti sudah disusun di atas meja dan di rak sebelum jam 10 pagi apabila pintu depan dewan pameran dibuka dan pengunjung menderu masuk!
Tim yang bertugas di gudang adalah WIRA MALAM PTS!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan,
Saya tabik WIRA MALAM PTS!
Memang boleh menyebabkan jalan senget sepanjang hari jika tidak kuat urat kaki dan tangan.
Saya telah melaluinya. Setiap malam tidur lewat namun perlu bangun awal pagi.
Alahai.. pesta buku!
Post a comment