Ya Allah, berilah daku sabar!
Sudah masuk hari ke-17 streamyx tidak berfungsi di Janda Baik! TMnet pula asyik putus-putus.
Telekom janji... janji Telekom....
.
Telekom janji... janji Telekom....
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Cik Non,
Bersabarlah…
——-
Orang yang bersabar setiap kali ditimpa kesusahan dalam menyebarkan ilmu senantiasa diberi pahala.
Begitu juga dengan para mentee yang sedang menunggu ilmu dari Puan Sifu juga diberikan pahala. Mengikut Al Fadhil Ustaz Uda bin Kassim.
Setiap yang berlaku kepada anak Adam semuanya ada rahmat disebaliknya, walaupun di atas setiap bala yang diturunkan.
Dengan mengamalkan Ya Allah Ya Hadi, insyaa Allah kita merasa nikmat yang teramat sangat walaupun dalam keadaan kita menikmati juadah yang pahit. Disimpulkan berdasarkan Al Fadhil Ustaz Zawawi Jusof dalam menerangkan kehebatan nama Allah yang ke-94 iaitu Al Hadi.
Didoakan semoga kita semua dapat bersabar dengan dugaan ALLAH.
Diharap Sifu beroleh kesabaran dan ketenangan.Amin.
Saya pernah mengalami situasi sebegitu ketika kawasan perumahan baru saya ini tiada kabel telefon. Berbulan-bulan lamanya sehingga sekarang. Ketika itu hilang semangat untuk meneruskan penulisan. Maklum untuk menghantar kerja terpaksa ke cyber cafe yang jika mengikut keadaan saya pasti ada sedikit kesulitan.
Alhamdulillah sekarang boleh melayari internet dan meneruskan kembali kerja-kerja saya itupun terpaksa membeli alat GPRS yang harganya agak mahal juga. Namun demi mencari ilmu wang yang disimpan selama ini digunakan untuk tujuan kebaikan.
Saya masih setia menunggu ilmu yang amat agung dan berharga, semoga masalah talian streamyx dapat kembali normal.
Di tempat saya juga ada gangguan internet. Ada seperti tidak ada. Susah untuk menghantar entri baru. Sekarang juga masih ada.
Mentee sudah kehausan, menanti santapan nurani. nanti saya cadangkan kepada Dato’ J supaya menjadikan Janda Baik sebagai MSC Malaysia yang ke… selesai masalah Presiden Unika.
Secara kebetulan pula sudah lima hari juga saya tidak dapat berinternet untuk menyemak emel dan menjenguk ke sini disebabkan kesibukan program di Kota Bharu, Kelantan. Nampaknya tidak banyaklah yang saya tertinggal selama tidak mengikuti laman Sifu ini. Syukur.
Tahniah kepada Tengku Asmadi, semoga program di Kota Bharu itu berjaya menyuntik antibodi dan juga vitamin yang paling berharga bagi setiap peserta dalam memastikan mereka berjaya dalam kehidupan harian mereka.
Setengah daripada ilmu menjadi lebih bererti apabila diterima tepat pada masanya sahaja.
Tip-tip berpuasa wajib lebih bagus apabila diterima sebelum ataupun pada bulan Ramadan berbanding bulan selepasnya. Seperti buku ‘Syoknya Berpuasa’ ianya memberikan impak yang teramat besar ketika menghampiri bulan Ramadhan.
Semoga dengan kesulitan yang dihadapi oleh Puan Sifu ketika ini dapat dipermudahkan oleh Allah secepat mungkin. Jiwa sudah tidak tenteram kerana sudah beberapa hari tidak makan (santapan kalbu).
sabar sabar juga…apa kata sifu guna backup maxis 3G broadband…lagi murah and reliable
Puan Sifu.
usah pakai sangat retorik sabar terutama apabila menatijahkan Tuhan .., justru Tuhan juga mahu makhlukNya berusaha dulu.
Saya saran PS hamput penyedia khidmat. Bayar mahu tepat tapi servis tahi kucing.
Macam mana nak hamput, itu kreativiti masing-masing.
Puan Sifu,
assalamu’alaikum.
Hampir dua bulan lalu saya menghadapi masaalah serupa. Satu bulan saya tersiksa. Betapa pembekal perkhidmatan internet yang sama, mengambil sikap ‘mudah lepas tangan’ di atas kesengsaraan pelanggannya! Pernah saya tinggalkan di entri diari.MINDA.
Pendekkan cerita: Saya gunakan hak sebagai pengguna. 10 komplen rasmi (email /callCentre) sehingga ke CEOnya, dengan sedikit ugutan “dedah ke media”...selepas itu, mendapat ‘layanan VIP’.
Itulah dunia!
Waaa… pencuri itu perlu dijemput menulis jibunsyinya. Supaya dia dapat pendapatan dengan cara halal :D
Sabar itu kan cantik.
Jangan patah semangat puan!
saya sentiasa menanti entri-entri terbaru tulisan puan dalam blog ini.
Bersabarlah puan
Ciptaan manusia selalunya tidak sempurna. Ada cacat celanya.
Tmnet mesti dihamput sekeras kerasnya. Setiap bulan bil kena bayar tidak kira samada perkhidmatan itu ada atau tidak. Saya sudah berkali kali membayar bil untuk bulan atau hari yang tiada perkhidmatan. Saya boleh maafkan dan bersabar sekiranya TMnet boleh hapuskira hari hari yang tiada perkhidmatan. 50 tahun merdeka mentaliti niaga begini massih ada! Hampeh!
Mungkin Puan Sifu harus melanggan perkhidmatan 3G daripada Celcom. Tiada risiko kabel dicuri, lainlah ada orang mencuri pencawang pula!
.., err Puan Sifu,
bukankah Janda Baik agak lama telah “dijajah golongan borjuis kota” dan jadi kawasan kependudukan elit dan merpu panci?
Seperti Jalan U Thant di KL (atau sekitar Embassy Row & Bukit Tunku) yg biasa dihuni golongan borjuis - lazimnya penyedia khidmat (termasuk TNB, TM, JBA, PDRM pun dll) akan sedia “stand-by” atau “patrol/ronda” jika berlaku apa-apa putus bekalan.
Jika lambat 10 minit bekalan tidak disambung - alamat nahas kerana beberapa “caling-caling high profile” akan menatijahkan kesan yg mungkin fatalis sifatnya.
Atau benar gossip yg pernah saya dengar bahawa di Janda Baik hanya banyak “rumah rehat agam lagi gadang” tapi berpenghuni sekali dua setahun ....
WiFi di Bandar Seri Alam pun asyik ‘connet’ dan ‘diconnect’ sahaja. Main aciluk.
ha ha ha ha…
Puan Ainon sudah cipta satu peribahasa baru, “janji telekom”
maksud : janji lambat ditunai.
hehehehe….
Assalamualaikum kepada pemilik blog,
Inilah kali pertama saya memasuki blog ini, saya harap saya diberi keizinan untuk mengutarakan pendapat… pasal telekom,
Sebenarnya di Kawasan K.L pun dah seminggu saya perasaan internet di rumah saya ini teramatlah slow berbanding dengan minggu lepas, tidak tahulah kenapa… yang penting, bil setiap bulan jangan terlewat, kalau tidak… anda akan tidak akan dapat akses internet tanpa diberi notis terlebih dahulu…
Pejabat isteri saya di Bandar Baru Bangi sudah lebih sebulan Streamyxnya tidak boleh diakses. Sudah berkali-kali pihak TMNet dihubungi dan hingga kini mereka masih gagal mencari punca kepada masalah tersebut.
Nampaknya servis TMNet makin teruk dan kita pula tidak punya alternatif lain yang boleh bersaing dengannya. Penggunaan 3G broadband berbeza dengan penggunaan talian seperti Streamyx.
Dulu ada Jaring tetapi tidak mampu untuk terbang sekali dengan TMNet.
Sikap memonopoli perkhidmatan sebegini membantut kemajuan dan membuatkan pemberi perkhidmatan rasa selesa dan selamat.
Sifu-san;
Saya juga mengalami gangguan Streamyx ini. Saya buat panggilan ke 100 dan dalam masa tidak sampai 3 minit, masalah selesai. Katanya perkhidmatan Streamyx saya tergantung di server. Apabila ia dianukan (tidak tahu apa bahasa yang sesuai), masalah pun selesai.
Maksudnya Puan perlu tahu di manakah punca masalah tersebut. Adakah di talian, server, modem dan sebagainya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, saya ada talian tambahan menggunakan Celcom 3G (yang dibayar majikan). Mungkin elok puan melanggan talian 3G Maxis pula.
Cool Sifu-san!, Cool! (kena marah ni nanti ...)
Wassalam.
Salam SifuPTS
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 50 tanpa akses Internet.
Sejak berada di Indonesia saya juga tanpa akses Internet serta telefon, tetapi benar-benar merasa bahagia kerana tanpa gangguan!
Kekadang hidup tanpa komunikasi mengajar erti kemerdekaan dalam perspektif berbeda.
Dirgahayu Malaysia!
Post a comment