Friday, May 30, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Tokoh Islam Sebagai Sumber Inspirasi Bukan Islam

Kenyataan terbuka oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng, bahawa beliau berazam mahu menjadikan kepimpinanya selaras dengan kepimpinan Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah amat memeranjatkan penduduk Islam negara ini.

Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Khalifah Umar bin Khatab kerana ibu kepada Umar bin Aziz adalah cucu Umar bin Khatab.

Belum pernah dalam sejarah 50 tahun UMNO dan kerajaan BN memerintah, ada pemimpinnya yang menjadikan Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai sumber inspirasi gaya kepimpinannya. Apabila seorang ahli politik bukan Islam keturunan Cina pula yang mahu menuruti jejak langkah khalifah itu, maka ini amat menggembirakan kita.

Pengakuan YAB Lim Guan Eng itu membuktikan bahawa bahan-bahan bacaan daripada khazanah sejarah Islam dapat diterima baik oleh pemimpin bukan Islam di negara kita. Maka kita memerlukan lebih banyak buku-buku tentang Islam yang ditulis dan ditargetkan khusus kepada pembaca bukan Islam. 

Nota: Foto hiasan ini adalah Masjid Umayah di Damascus, Syria. Umar al-Aziz adalah salah seorang khalifah zaman Umayah. Penganut Kristian yakin 2 kubur yang menyimpan kepala John The Baptist (Nabi Yahya) dan kepala ayahnya, Zachariah (Nabi Zakariah) ada dalam masjid ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gosip Sastera Terbaru: DBP Menggunakan Perkhidmatan Agen Literari Previous entry: TAMRIN, 'Dr. Ayam' dan Kementerian Sumber Manusia
anuarmanshor  on  05/30  at  09:09 AM

Dengar cerita beliau berguru dengan Nik Aziz.

 on  05/30  at  09:57 AM

Dengar cerita juga dia berguru dengan Mat Sabu semasa dalam tahanan ISA

Riduan Khairi  on  05/30  at  06:58 PM

Marilah sama-sama kita berdoa beliau diberi hidayah oleh Allah. Kenyataan Pengerusi Tetap DAP, Dr Chen Man Hin juga sudah mula nampak lunak terhadap dasar-dasar Islam. Hanya saja tinggal dua pemimpim besar mereka yang masih tegar dengan Islam (Karpal dan Lim Kit Siang). Semoga Allah mencampakkan hidayah kepada mereka.

Malaysia akan lekas maju kalau Cina-cina ni masuk Islam. Hendak tunggu orang Melayu, nampaknya lebih masa diperlukan.

 on  09/05  at  11:43 AM

Ini kisah yang menyenangkan hati. Namun, ada sudut yang merisaukan hati saya. Takut kalau Umar bin Abd Aziz itu dianggap ‘kes terpencil’. Umar Abd Aziz sangat menyerlah kerana dibandingkan dengan Khalifah pada zamannya. Sebenarnya sifat seperti itu adalah sifat ribuan manusia zaman awal Islam, cumanya yang jadi khalifah hanyalah 4 orang (yang bergelar khalifah arrasyidin).

Umar bin AlKhattab ra misalnya pernah menyoal seorang wakilnya “kenapa kamu mendirikan mimbar masjid melangkaui tengkuk kaum muslimin?”!(Hayatus Sahabah, Yusuf AlKandahlawi) Umar tidak mahu kaum muslimin mendongak dengan sudut dongakan yang tidak patut ketika mendengar nasihat dalam khutbah!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: