Friday, September 26, 2008

Yang Dicari Trainer, Yang Datang Penceramah

Malam tadi Sifu berbuka puasa dengan ahli-ahli TAMRIN dan sempat berbual-bual dengan Tuan Shamsuddin Ab. Kadir. Beliau bercerita tentang seorang pelanggannya yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan trainer yang diambilnya.

Menurut beliau, pelanggannya itu merungut kerana 'trainer' yang datang itu banyak berceramah, menyebabkan peserta yang terdiri daripada budak-budak muda tidak suka dan tidak memberi perhatian kepada sesi-sesi yang dijalankan.

Keadaan seperti itu kerap berlaku di mana individu yang pandai berceramah dipanggil supaya menjalankan sesi training.

Banyak orang keliru antara 'trainer' atau jurulatih dan 'speaker' atau penceramah. Malah banyak penceramah pun keliru, di mana mereka sangka antara berceramah dan training adalah serupa sahaja. Justeru disebabkan mereka pandai berceramah maka mereka yakin mereka pandai training.

Bagi menjadi penceramah seseorang itu semestinya pandai bercakap di depan khalayak.

Bagi menjadi trainer, seseorang itu tidak perlu pandai bercakap. Bayangkan jika jurulatih pasukan bola berceramah kepada pasukan yang hendak dilatihnya.

Dalam bidang training, kemahiran pandai diam adalah amat penting! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mualaf Membaca Buku PTS Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Cabaran Menerbitkan Buku Melayu yang Tidak Perkauman
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/27  at  11:06 AM

Salam…

Bagi saya , trainer dan penceramah adalah dua benda yang berbeza , cuba kita renung didalam bidang pengajian kejuruteraan , pensyarah satu pihak kemudian bila kita pegi kedalam maklam kejuruteraan , satu pihak dinamakan pembantu makmal atau teknisen akan membantu pelajar ..lah inikan asasnya.

Didalam bidang kemahiran khasnya MLVK ( sekarang nama dah bertukar menjadi JPK ) , pengajar itu mestilah berlatarbelakangkan bidang yang diorang ceburi atau dalami , kemudian jika pelajar boleh melakukan sesuatu tugasan , ia akan dianggap sebgai tertrampil (istilah MLVK) dan jika ia kurang berjaya didalam akan dipanggil tidak trampil serta boleh mengulang sehingga ia tertrampil ,tenaga pengajar ini kita panggil trainer. bukan penceramah (lecturer).

Ia bukan bermaksud seorang penceramah itu seroang yang “cakap tidak serupa bikin” tetapi ia adalah tugasan mereka. Begitu juga dengan trainer , tugasan mereka menjaga pembimbing , coaching.

Bukan begitu >>>

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: