YM Tengku Razaleigh Hamzah Yakin PPSMI Akan Terpaksa Dimansuhkan
Semalam (Rabu), saya sempat makan tengah hari di R&R Genting Sempah dengan Tuan Hasni Abas, Pengerusi Pelaksanaan Gerakan Hapuskan PPSMI.
Saya bertemu dengan mereka di R&R itu bagi menyerahkan 3 ribu keping risalah Anti-PPSMI supaya diedarkan kepada para pengundi Kuala Terengganu.
Beliau bersama Tn. Ghazali Endun dan Tn. Kassim Mohamad dalam perjalanan menuju Kuala Terengganu bagi menyerahkan Memorandum Membantah PPSMI (yang ditandatangani oleh Dato' Dr. Hassan Ahmad) yang akan diserahkan dalam majlis khas kepada Ketua Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim di sana.
Semasa makan (saya belanja), Tn. Hasni memberitahu, baru-baru ini beliau berpeluang bercakap-cakap dengan YM Tengku Razaleigh Hamzah. Tokoh UMNO itu berkata beliau yakin gerakan itu akan berjaya memaksa kerajaan BN memansuhkan PPSMI disebabkan gelombang penentangan daripada semua kaum yang membahayakan politik BN sendiri.
Menurut Tn. Hasni, semua akhbar Cina tiap-tiap hari menerbitkan laporan dan artikel mengenai Gerakan Hapuskan PPSMI.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan,
Minta jasa baik Puan untuk jadikan risalah Anti-PPSMI di dalam bentuk pdf. Risalah ini nanti boleh disebarkan kepada orang ramai melalui emel.
Terima kasih
Post a comment