Monday, May 26, 2008

Sanggup Membayar RM10 ribu bagi Mengadakan Window-Display di Kedai Buku Elit

 

Ruang adalah wang.

Di dalam mall-mall besar seperti Mid-Valley dan Tesco, ruang window-display adalah punca pendapatan bagi pemilik kedai.

Bagi mendapatkan window-display selama 2 minggu, yuran yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM10 ribu, bergantung kepada ruang yang disewa.

Itu baru cerita kos mengadakan window-display di 1 buah kedai buku elit. Jika 2 ataupun 3 buah kedai? 

Sesetengah penerbit yang membekalkan buku-buku baru yang dijangka akan meletup-letup jualannya, mereka sanggup memberi diskaun lebih besar daripada biasa kepada kedai buku. Jumlah diskaun itu boleh menyebabkan penerbit tidak untung satu sen pun. Keuntungan yang hilang itulah sewa yang dibayarkan kepada kedai buku.

Penerbit bukan setakat memberi diskaun, penerbit juga menanggung kos bagi membekalkan poster-poster dan lain-lain item visual supaya window-display itu makin ber-impak dan menghasilkan jualan tinggi.

Inilah salah satu faktor yang menyebabkan buku-buku Melayu jarang sekali dapat dilihat dipamerkan sebagai window-display.

Tidak banyak penerbit buku Melayu yang sanggup melaburkan sebegitu banyak wang bagi mempromosi buku-buku terbitannya.

Ruang adalah wang! Semakin besar ruangnya, semakin besar wangnya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Cara Window-Display yang Lebih Rendah Kosnya Previous entry: Pasaran Buku Terjemahan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.