Thursday, October 30, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Zakat (daripada royalti) Penulis boleh Diberikan kepada Orang Bukan Islam

Tuan Amin Ahmad dalam blog beliau menulis seperti di bawah:

Sebenarnya, Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian (zakat - Sifu) ini di bawah peruntukan golongan muallaf.

Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam.

Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah. Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka.

Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan ’saudara baru’ yang sedia ada pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat. Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!! Sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam”.

Lihat Buku Beliau: Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah) Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Para mujtahid Islam (ahli ijtihad) berijmak (sepakat) bahawa zakat boleh dipindahkan ke negeri lain jika ahli negeri zakat tersebut sudah mencukupi atau tidak memerlukan lagi. Lihatlah perbahasan hal ini dalam kitab-kitab fekah. Pemerintah atau pengeluar zakat itu sendiri boleh membawa zakat ke negeri atau tempat yang lain, jika berdasarkan keyakinan adanya keperluan atau kemaslahatan yang patut diutamakan di tempat atau negeri yang lain. (lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/820).

Bahkan pendapat al-Imam al-Bukhari mengharuskan secara mutlak dipindahkan zakat ke negeri lain di atas keumuman dalil Surah al-Taubah ayat 60 yang hanya menyebut asnaf yang layak menerima zakat tanpa dikhususkan tempat. (lihat: Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, 3/357, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nasihat Penulis PTS (Tn. Sunthara Segar) kepada Penulis PTS (Pn. Norlela Zubir) Previous entry: Karya Azrul Jaini Sama Kuat dengan Karya Faisal Tehrani
Amin Ahmad  on  10/30  at  09:36 PM

Assalamu’alaikum.

Puan Ainon, Amin Idris itu sahabat di UIAM dulu. Saya Amin Ahmad smile

Amin Ahmad  on  10/30  at  09:38 PM

oh, dan memenuhi tanggungjawab saya terhadap ilmu. tulisan berkenaan ialah dari beberapa tulisan Dr. MAZA dan ia sepatutnya dikreditkan kepada Dr. MAZA.

Amin Ahmad  on  10/30  at  09:41 PM

Bagaimanapun, persoalan zakat ini telah saya panjangkan kepada sahabat saya YB Nik Nazmi Nik Ahmad selepas membantu beliau menang di kawasannya - DUN Seri Setia.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.