Tuan Zamri Mohamad Mencari Rakan Trainer
Puan Ainon dihormati,
Saya doakan Puan dan keluarga berada dalam kelapangan, ketenangan, rasa gembira, sihat dan bersemangat dalam urusan seharian. Sesungguhnya, dicantikkan jiwa dengan sifat lapang dada, kemuliaan dengan ketaqwaan serta diberi kebaikan diri dengan dengan kesihatan. Amin.
Sebagaimana Puan sebutkan dahulu mengenai bisnes training penting bagi penulis, saya mula melihat coraknya. Insya Allah pada 16 Febuari, 1 Mac dan 8 Mac saya akan berada di UMP, UNISEL dan Kolej Komuniti Sabak Bernam. Berkat doa Puan mempermudahkan perjalanan ini. Insya Allah, cita-cita menjadi penulis bebas sedang diusahakan.
Saya belum lagi membuat apa-apa pemasaran kerana sedang menumpukan kepada pembangunan produk (buku), tetapi dengan penghasilan laman web http://www.zamrimohamad.com dan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas terbitan PTS Pro, ia memberi kesan dan tindak balas.
Saya ingin bertanyakan kepada Puan, adakah sesiapa mentee di kalangan penulis kita yang Puan melihat berpotensi menyampaikan bengkel penulisan novel sehari. Ini kerana saya akan mengisi slot penulisan non fiksyen manakala pada hari kedua melibatkan penulisan fiksyen. Saya masih belum bersedia dan faham sepenuhnya bagi mengendalikan bengkel penulisan novel.
Mungkin Puan boleh mencadangan mana-mana nama dalam kelompok penulis PTS yang kita boleh cadangkan kepada Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 9hb nanti. Insya Allah jika ada, sudinya kiranya Puan memaklumkan kepada saya nama, emel dan nombor untuk saya berikan kepada penganjur. Mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang tutur kata anak murid Puan ini.
ZAMRI MOHAMAD
.................
Nota Sifu: Bagi modul penulisan karya kreatif, ajarkan teori dan teknik surah Yusuf.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Semoga Tuan Zamri menjadi Trainer tersohor tanahair dan dapat mendidik lebih ramai individu untuk berjaya.
Tahniah dan terus berjaya
Amin. Semoga juga. Saya berminat membantu Tuan Zamri. Cumanya naskah fiskyen saya pun belum siapa. Lalu bagaimana?
Saya akan membantu Saudara Zamri, Insya’Allah. Saudara Ridhuan, cepatlah siapkan naskhah fiksyen nanti kita boleh sama-sama adakan bengkel.
Post a comment