Sunday, January 03, 2010

Izin Penggunaan ‘Allah’ Merugikan Bukan-Islam

Tuan Ahmad Fadzli Yusof (foto) menulis....

Kalau sebelum ini, guru, ketua jabatan, pengetua, ketua kampung, pegawai daerah, pegawai kerajaan, tokoh masyarakat, dan sesiapa sahaja Muslim Malaysia yang ada pengaruh di Malaysia akan menjaga sensitiviti perkataan "Allah" apabila berucap di hadapan khalayak yang dihadiri oleh orang bukan Islam. Mereka akan menggantikan dengan perkataan "Tuhan". Contohnya:

"Tuan-tuan sekalian, berdoalah kepada Tuhan, kerana Tuhan itu sungguh berkuasa."

"Ini semua kerja Tuhan. Adakalanya kita tidak boleh berbuat apa..."

" Semoga Tuhan memberikan kita kejayaan dalam projek ini."

Jika benar perkataan 'Allah' hendak digunakan secara meluas, maka orang Muslim akan boleh bercakap tentang Allah secara terbuka. Mereka tidak lagi perlu menggantikan perkataan 'Allah' dengan 'Tuhan'. Dan, bolehkah non-Muslim boleh bayangkan apa yang akan terjadi dalam ucapan Melayu-Muslim di hadapan khalayak bukan Islam selepas ini? Apabila orang Islam menggunakan perkataan 'ALlah' di hadapan non-Muslim, mereka akan memasukkan elemen tauhid-akidah Islam, kerana itulah yang mereka faham tentang 'ALlah'. Ia berbeza apabila mereka menggunakan perkataan "Tuhan".

" Tuan-tuan, berdoalah kepada Allah, sesungguhnya Dia itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat..."

"Ini semua kerja Allah. Dia yang Maha Berkuasa. Dia al Jabbar. Dia al-Muntaqim. ..."

"Semoga Alalh yang Maha Esa sentiasa membantu kita dalam projek ini...."

"Pelajar-pelajar semua, ALlah tidak akan membiarkan kita dalam kegagalan. Allah itu Ar Rahman, Maha Pengasih. Allah itu ar Rahiim. Bukankah kita selalu membaca, Bismillahi Rahmani Rahiim?"

"Ketahuilah bahawa Allah itu satu, ia tiada anak, dan tidak diperanakkan. Mari kita berdoa kepada Allah yang satu, semoga Allah yang Maha Mendengar itu memberikan kebaikan kepada kita."

Terdapat beratus ribu guru, PTD, ketua jabatan, pegawai tinggi, pensyarah, ketua kampung, dan bermacam lagi orang penting di negara ini yang beragama Islam. Kalau sebelum ini mereka menjaga sensitiviti "tuhan" bila bersama non-Muslim, selepas ini mereka mungkin tidak perlu lagi. Kerana mahkamah berkata, perkataan "Allah" tidak akan menyebabkan kekeliruan. Oleh itu, selepas ini orang Islam akan sebut sahaja tentang Allah, sifat Allah, keesaan Allah, kuasa Allah, dan setiap inci akidah Islam yang berkait dengan Allah; kerana itu 'tidak akan menimbulkan kekeliruan'.

Wahai orang Islam. Wahai para guru, pensyarah, kaunselor, pegawai daerah, pegawai tinggi, kerani, pembantu am, ketua kampung, trainer, motivator, menteri, dan semua Muslim yang mampu berfikir. Mungkin ini peluang untuk kebenaran.Terangkan "ALlah" kepada mereka. Sehingga mereka melihat siapa sebenarnya "Allah" yang Maha Tunggal itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(30) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages