Notis! AHAD 15.6.08 Taklimat Projek Novel Chicklit

Tarkih: AHAD 15 Jun 2008
Tempat: Sekolah al-Ikhlas (klik butang peta di kiri blog ini)
Masa: 10pagi - 12 tengah hari

Novelis remaja paling ngetop, Ain Maisarah, akan turut hadir pada taklimat ini.
Beliau akan berkongsi pengalaman bagaimana beliau dapat menulis novel-novel remaja yang laku keras dalam pasaran.
PTS akan terus meneroka Laut Biru buku Melayu, kali ini dengan memperkenalkan novel-novel pop yang syariah-compliant. Ini adalah sektor novel yang masih belum diterokai.
Selepas berjaya meneroka sektor novel awal remaja, PTS ONE akan membuka dan menekuni sektor chicklit pula. Sektor chicklit ini penting supaya peminat-peminat PTS One terus mendapat bekalan novel-novel yang bagus cerita dan mesejnya.
Puluhan ribu kanak-kanak perempuan yang mula membaca novel awal-remaja PTS ONE semasa berusia 10 tahun pada 2000, hari ini mereka sudah berusia 18 tahun. Mereka sudah masuk dunia awal-dewasa.
Mereka sekarang mahukan novel-novel yang menerangkan dunia alam pekerjaan kerana mereka sudah mula mengikuti kursus-kursus aliran profesional di kolej dan universiti. Justeru mereka mahu tahu bagaimanakah senario di tempat kerja dalam bidang-bidang yang mereka akan ceburi nanti.
Novel-novel chicklit menggambarkan kehidupan dunia perempuan moden, dalam dunia moden, yang penuh dengan warna-warni kehidupan moden dan persoalan serba moden.
Saudara yang berminat menulis genre ini, daftar di sini. Tulis nombor HP dan emel.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006







Dengan jujur, saya amat bersimpati dengan Pn. Ainon Mohd. Tak sangka juga sebenarnya, dengan penampilan puan dan moto PTS tetapi sanggup memuatkan secebis coretan sebegini dalam blog ilmu ini. Semoga kita sama-sama diampunkan, amin.
..............
Nota Sifu: Terima kasih atas simpati Tuan Alkunyit kepada saya.
Sama-samalah kita semua berdoa supaya orang yang cakapnya berdolak-dalik, sekejap dia kata dia tidak kenal langsung akan Si Fulan itu, sekejap dia kata pula Si Fulan itu ada datang menemuinya di rumahnya dan mengadu macam-macam hal (yang hendak disebut di sini pun saya amat malu), maka moga-moga orang itu segera insaf bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah pandai, (kecuali beberapa kerat).
“Buku Memandaikan Bangsa.”