Situasi Lambakan Buku Agama Sedang Berlaku dalam Pasaran
Pada masa ini sektor buku agama sedang mengalami fenomena lambakan judul-judul baru.
Maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh jabatan jualan PTS mendapati setiap bulan kedai-kedai menerima lebih dari 30 judul baru buku agama. Jumlah ini jauh lebih banyak daripada jumlah yang dapat diserap oleh pasaran.
Dua faktor utama yang mencipta lambakan adalah:
1. Banyaknya penerbit baru muncul.
2. Mudahnya menerbitkan semula judul-judul Indonesia.
Penerbit-penerbit baru lazimnya tidak melakukan kajian pasaran terlebih sebelum memilih judul yang diterbitkan. Mereka masuk pasaran disebabkan mereka menyangka pasaran buku agama adalah sangat menguntungkan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006








wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…