Friday, November 02, 2012

Situasi Lambakan Buku Agama Semakin Membengkak

Situasi pasaran buku-buku agama sedang menyaksikan suatu keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, iaitu lambakan judul yang semakin serius.

Lambakan sudah dikesan semenjak akhir tahun 2011. Tetapi, semenjak bulan Mei, semua penerbit buku agama yang besar-besar mula mengalami trend peningkatan jumlah return yang setiap bulan semakin tinggi.

Trend peningkatan jumlah return yang semakin tinggi juga dialami oleh PTS. Bagi sesetengah judul PTS kadar return mencapai 30%.

Trend ini diramalkan akan berterusan sehingga pertengahan 2013.

Trend yang sedang berlaku ini adalah luar biasa. Rekod data jualan tahun-tahun sebelum ini menunjukkan mulai bulan Oktober setiap tahun, jualan buku agama naik sehingga bulan Desember. Tetapi tahun ini trend itu tidak berlaku.

Situasi begini sangat tidak sihat. Kos menguruskan buku return melonjak tinggi dan menghakis margin keuntungan yang sudah sedia nipis, iaitu 3%.

Ada 3 faktor utama yang menyebabkan situasi ini berlaku:

1.  Banyaknya penerbit baru muncul yang menceburi sektor buku agama. Mereka banyak menerbitkan judul baru, sedang saiz pasaran buku agama tidak berkembang selaras dengan penawaran.

2.  Ruang di dalam kedai tidak bertambah besar. Apabila banyak buku baru diterima oleh kedai, kedai terpaksa memulangkan stok buku-buku yang sudah ada bagi memberi laluan kepada buku-buku yang baru sampai. Ini menyebabkan buku yang sepatutnya masih dapat dijual pun dipulangkan juga kepada penerbit.

3.  Kenaikan harga barang keperluan yang melambung tinggi menyebabkan wang untuk pembelian bahan bacaan dikurangkan.

Dalam keadaan begini, semua penerbit terpukul. Jualan yang lembap menyebabkan kadar collection menjadi lebih sukar, dan ini mencekik aliran tunai syarikat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages