Friday, November 02, 2012

Strategi Penerbit Baru Memasuki Sektor Buku Agama

Sektor buku agama adalah sektor yang paling besar dalam pasaran buku Malaysia. Sektor ini juga sektor yang paling tua.

Oleh itu sektor ini sudah lama mempunyai pemain-pemain besarnya. Sebahagian besar pasaran buku agama adalah dikuasai oleh nama-nama besar itu. 

+  Pemain-pemain besar itu sudah lama bertapak. Nama mereka sangat terkenal.

+  Mereka mempunyai kekuatan tunai yang kukuh.

+  Mereka sudah menerbitkan beribu judul. 

+  Mereka mengedarkan sendiri buku-buku mereka.

+  Mereka mempunyai rekod hubungan yang sangat baik dengan pemilik kedai-kedai buku indie dan dengan pencetak mereka.

+  Mereka juga mempunyai hubungan sangat baik dengan ustaz-ustaz yang menghasilkan manuskrip untuk mereka.

+  Kos penerbitan mereka juga rendah, oleh itu mereka dapat menjual buku mereka dengan harga rendah juga. 

Ini tidak bermakna pemain baru tidak dapat memasuki pasaran buku agama. Mereka boleh masuk, tetapi caranya adalah dengan menerbitkan buku-buku yang diperlukan oleh sektor pasaran yang belum dikuasai oleh pemain-pemain besar itu. Ini strategi yang diambil oleh PTS, iaitu dengan menerbitkan buku-buku agama untuk bacaan mereka yang 'dami agama'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages