Tip Survival Penulis: Siapa Pembaca Buku Kita
Seth Godin menulis:
Rule one: You can build a business on the foundation of great customer service.
Rule two: The only way to do great customer service is to treat different customers differently.
The question: Who is your customer? It's not obvious.
Pertama: Penerbit mesti menetapkan kepada siapa buku-buku terbitannya ditujukan. Buku-buku yang diterbitkan untuk bacaan anak-anak orang bandar yang berduit mesti memenuhi citarasa anak-anak orang bandar yang berduit. Cerita-cerita yang disukai oleh anak-anak orang bandar mempunyai ciri-cirinya sendiri.
Kedua: Penulis mesti menetapkan kepada siapa bukunya ditulis. Orang agama membeli buku-buku agama mereka di kedai-kedai buku indie. Orang profesional membeli buku-buku mereka di kedai buku elit. Penulis perlu ikut strategi penerbit. Buku-buku agama yang disukai oleh golongan profesional tidak boleh diterbitkan serupa dengan buku-buku yang disukai oleh golongan ustaz-ustaz kampung.
Jika penerbit menerbitkan buku-buku agama yang ditargetkan kepada jualan melalui kedai-kedai buku agama indie, penulis perlu menulis sesuai dengan strategi penerbit itu.
NOTA: Contoh penulis yang paling jelas menetapkan siapa target pembacanya adalah AinMaisarah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006








Pendedahan Puan Ainon bahawa novel2 berbaur seksual ditulis oleh golongan gadis bujang mulanya sangat mengejutkan saya. Bila saya sendiri selidik, ya memang benar. Kecewa betul saya dengan generasi skrg & generasi yg membentuk penulis2 seperti itu.
Minta pandangan Pn. Ainon berkenaan artikel kami ini, jika berkesempatan:
http://squidoo.com/kahwinpaksakontrak
Terima kasih.